fbpx
Now Reading
Insiden Simbah Asid Di Batu Caves, Warga Emas Ditahan Polis

Insiden Simbah Asid Di Batu Caves, Warga Emas Ditahan Polis

Menurut Ketua Polis Gombak, punca kejadian masih disiasat dan permohonan reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat hari ini (10 Julai).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, gempar di media sosial mengenai satu kejadian seorang individu didakwa telah menyimbah asid ke arah sepasang suami isteri dan anak meraka di sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak.

Susulan kejadian itu, seorang wanita warga emas telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, Selangor semalam (9 Julai).

Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan pada jam 4.20 petang.

“Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek terlibat namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hari ini (10 Julai),”katanya dalam satu kenyataan.

Tiga sekeluarga disimbah asid ketika masuk lif

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita bersama suami dan anaknya yang juga pengusaha kedai roti nan disimbah asid semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves pada 4 Julai lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di dalam media sosial kemudiannya tular dan mendapat perhatian ramai.

Difahamkan, kejadian tersebut bermotifkan dengki apabila kedai makan milik keluarga tersebut dikatakan laris. Bahkan terdapat dakwaan gerai mereka dibakar seminggu sebelum kejadian berlaku.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.