fbpx
Now Reading
Ismahalil Sujud Syukur Selepas Dilepas, Bebas Dari Tuduhan Edar Dadah

Ismahalil Sujud Syukur Selepas Dilepas, Bebas Dari Tuduhan Edar Dadah

Keputusan hakim membuatkan Ismaahalil, 50, yang berada di kandang tertuduh melaungkan ‘Allahuakbar’ sambil menangis dan melakukan sujud syukur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (17 Julai) melepas dan membebaskan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dari tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Keputusan tersebut nyata membuatkan Ismahalil, 50, yang berada di kandang tertuduh melaungkan ‘Allahuakbar’ sambil menangis dan melakukan sujud syukur.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Saya yakin, kebebasan ini adalah kerana kebenaran dan kasih sayang Allah kepada saya. Juga kasih sayang dan doa kawan-kawan kepada saya. Saya yakin, doa kalian adalah sesuatu yang kuat untuk saya,”  katanya dipetik dari Harian Metro.

Tempoh 2 tahun banyak mengajar

Malah menurut pengasas saluran `Bapakku FM’ itu, tempoh dua tahun berada di dalam penjara cukup banyak memberi pengajaran baharu buatnya.

“Hampir dua tahun saya di penjara, hari ini, saya dapat rasa kebebasan dan berjumpa isteri serta anak saya. Banyak sangat saya belajar sepanjang tempoh ini. Tak mungkin saya dapat kongsikan dalam seminit dua di sini. Terima kasih kepada wartawan-wartawan yang menghebahkan berita sebelum ini. Itu adalah kebenaran dan hak semua orang untuk tahu.  Insya-Allah, saya akan adakan majlis doa kesyukuran.”

Ismahalil Hamzah

Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 50, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju 27 Ogos 2021 sekitar jam 5.35 petang.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.