fbpx
Now Reading
Kematian Dicemburui, Ustaz Meninggal Dunia Ketika Beri Kuliah Subuh Topik Akhirat [Video]

Kematian Dicemburui, Ustaz Meninggal Dunia Ketika Beri Kuliah Subuh Topik Akhirat [Video]

Difahamkan, semasa menyampaikan kuliah berkenaan, Allahyarham Mohd Soberi Awang mengadu sakit dada sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selang beberapa minit kemudian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pensyarah bergelar ustaz di sebuah universiti meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah Subuh di sebuah surau di Selangor.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Soberi Awang Meninggal dunia awal pagi semalam (30 Julai).

Menurut Alhijrah, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.

Allahyarham mengadu sakit dada sebelum rebah dan tidak sedarkan diri

Difahamkan, semasa menyampaikan kuliah berkenaan, Arwah Mohd Soberi mengadu sakit dada sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selang beberapa minit kemudian.

Jemaah yang hadir pada kuliah Subuh tersebut terus bergegas menerpa Allahyarham untuk memberi bantuan.

Dalam pada itu, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, Aman Palestin menerusi hantaran di laman Facebook juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Mohd Soberi yang juga seorang Perunding Aman Palestin.

“Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham dan kenalan atas kehilangan seorang insan yang banyak memberikan bakti dan jasa buat pembangunan masyarakat Malaysia khususnya dalam menyampaikan ilmu-ilmu mengenai Palestin, Syria dan Yaman.

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk info, Allahyarham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Jenazah Allahyarham telah disolatkan selepas Maghrib semalam di Surau Ittihadiyah sebelum dibawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan.

Allahyarham meninggal dunia selepas membaca surah Ibrahim ayat 48

Sementara itu, seorang pengguna Twitter @addien90s berkata Allahyarham meninggal dunia selepas membaca Surah Ibrahim ayat 48.

يوم تبدل الأرض غير الأرض والسموات وبرزوا لله الواحد القهار

“Pada hari bumi diganti dengan bumi dan langit yang lain. Mereka semuanya berkumpul (di Mahsyar) menghadap Allah yang Maha Esa lagi Mahaperkasa.”

Surah Ibrahim, Ayat 48

Allahyarham tertunduk selepas menyebut Al-Qahhar, Allah Maha Menundukkan

Menurutnya, ayat Al-Qahhar yang ada di dalam petikan surah tersebut  merupakan salah satu nama Allah yang membawa maksud Maha Menundukkan.

“Lalu beliau tertunduk dan meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Tuhan benar-benar memberi peringatan kepada kita yang masih hidup melalui hamba-hambaNya yang soleh,” tulisnya.

Ramai bersimpati dan cemburu dengan pemergian Arwah

Tinjauan kami di ruangan komen Twitter juga mendapati rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan pemergian Allahyarham.

Selain itu, netizen turut menyifatkan pemergian Allahyarham adalah sesuatu yang dicemburui kerana meninggal dunia ketika sedang memberi kuliah Subuh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.