fbpx
Now Reading
Sebak Ketika Tonton Persembahan Pantomim, Agong & Permaisuri Bertemu Balu Dan Waris Korban Op Daulat

Sebak Ketika Tonton Persembahan Pantomim, Agong & Permaisuri Bertemu Balu Dan Waris Korban Op Daulat

Agong turut mengurniakan sumbangan kepada balu dan waris ketika bertemu yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada hari ini (31 Julai) telah berkenan untuk sembah kenal bersama balu dan juga waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi korban semasa Op Daulat pada Mac 2013 di Kampung Simunul, Sabah.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Pertemuan bersejarah itu dilaporkan berlansung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dalam suasana yang sayu sebaik sahaja selesai persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul sempena dengan Sambutan Hari Pahlawan 2023.

Dilihat sebak ketika persembahan

Malah apa yang lebih terharu, Seri Paduka Baginda turut dilihat menitiskan air mata ketika menonton persembahan pantomim berkenaan.

Baginda kemudian berkenan berangkat turun daripada pentas utama bagi bertemu bersama balu dan waris kepada wira-wira negara yang menjadi korban dalam keadaan begitu sayu.

“Balu dan waris terbabit mewakili enam wira yang gugur pada 2 Mac 2013 iaitu ACP Ibrahim Lebar, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan DSP Michael Padel.

“Wira-wira yang gugur itu adalah dari Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Sabah,” tulisnya.

Balu dan waris turut diberikan sumbangan

Dalam masa sama Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan kepada balu serta waris berkenaan ketika bertemu yang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, pada 12 Februari 2013 lebih daripada 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) menceroboh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di selatan Filipina ke Kampung Tanduo.

““Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan Keselamatan dengan RSF di Tanduo. Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.