Baru-baru ini, tular di media sosial satu kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Kerajaan Arab Saudi yang mengatakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilarang masuk ke negara itu selamanya kerana ideologi pengganas.
Kenyataan yang sohor di media sosial itu telah dikongsi oleh ramai pihak sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesahihan kandungan tersebut.
Susulan itu, PAS menerusi satu kenyataan di laman Twitter rasminya telah menyangkal dan mendakwa bahawa kenyataan yang ditularkan itu adalah palsu.
Pihak lawan ketandusan idea untuk bersaing dalam PRN
Menurutnya, penyebaran dakwaan tersebut merupakan bukti pihak lawan ketandusan idea untuk bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
“Palsu! Ini adalah bukti pihak mereka (pihak lawan) sudah ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, dan bermaruah dalam PRU DUN kali ini,” katanya.
Kenyataan rasmi Arab Saudi guna hijrah bukan masihi
Selain itu, PAS turut menerangkan fakta bahawa kenyataan rasmi Arab Saudi akan menggunakan tahun hijrah dan bukannya masihi seperti apa yang ditularkan itu.
“Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS (Abdul Hadi) bukan lagi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
“Ayuh bersama PN, kita lenyapkan budaya politik yang rendah akal budi seperti ini dan kita bina negara yang ‘Bersih & Stabil’,” katanya lagi.