fbpx
Now Reading
Suami Durjana Sanggup Bakar Isteri Dengan Petrol Depan Anak Sendiri

Suami Durjana Sanggup Bakar Isteri Dengan Petrol Depan Anak Sendiri

Hasil siasatan mendapati, pengadu dan suspek yang berusia 36 tahun itu tinggal di kediaman yang disediakan untuk pekerja ladang. Suspek dan mangsa juga telah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam kehidupan berumah tangga, suami mempunyai tanggungjawab yang besar. Selain mencari nafkah buat keluarga, suami juga berperanan sebagai pelindung kepada isteri dan anak-anak khususnya daripada perkara yang merbahaya.

Namun, berbeza dengan kehidupan rumah tangga buat sepasang suami isteri di Pulau Pinang apabila seorang suami tergamak membakar isterinya dengan minyak petrol di kediaman mereka yang terletak di kawasan kelapa sawit di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 9.30 malam itu telah menyebabkan mangsa yang berusia 35 tahun itu mengalami cedera parah akibat melecur kira-kira 27% pada bahagian tubuh.

Telah Dirikan Rumah Tangga 15 Tahun, Berlaku Pertengkaran Sebelum Kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang jiran mangsa kira-kira jam 10.45 malam.

Hasil siasatan mendapati, pengadu dan suspek yang berusia 36 tahun itu tinggal di kediaman yang disediakan untuk pekerja ladang. Suspek dan mangsa juga telah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun yang lalu.

Tambah beliau, berlaku pertengkaran di antara pasangan suami isteri itu. Menurut anak lelaki mangsa, dia dan adik-adiknya ada terdengar pergaduhan di luar bilik mereka.

Anak Lihat Ibu Dalam Keadaan Terbakar, Suspek Cuba Padamkan Api

“Anak lelaki mangsa hendak keluar dari bilik tetapi pintu telah ditolak dari luar. Bagaimanapun, anak lelaki pasangan tersebut berjaya keluar dan melihat ibunya berada di belakang rumah dalam keadaan badan terbakar.

“Suspek cuba padamkan api dengan kain tetapi api jadi lebih besar. Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri di kawasan ladang kelapa sawit,” kata Asri yang dipetik daripada Kosmo.

Ekoran daripada kejadian itu, mangsa meminta tolong daripada anaknya. Malah, jiran juga turut menghulurkan bantuan dengan menelefon pihak ambulans.

“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap dan polis kini sedang giat mengesan suami wanita itu dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9),” kata beliau.

Hasil siasatan lanjut mendapati, ia merupakan kejadian kedua yang berlaku dan suspek turut mempunyai empat rekod jenayah lampau. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan siasatan masih lagi diteruskan.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Norhaslinda binti Rahmat di talian 012- 3811 416 atau Bilik Gerakan IPD Seberang Perai Utara 04-575 9122 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Posted by IPD Seberang Perai Utara on Tuesday, 1 August 2023
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.