fbpx
Now Reading
Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar sarang serangga berbisa itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tebuan merupakan antara serangga berbisa yang merbahaya kepada manusia. Jika terkena sengatannya, ia mampu menyebabkan fizikal seseorang itu berubah. Malah, yang lebih teruk apabila sengatannya itu boleh membawa maut.

Oleh sebab itu ada peribahasa yang menyatakan ‘jangan dijolok sarang tebuan’ bagi memberi gambaran betapa bahayanya serangga kecil ini.

Malah, jika terjumpa sarang mereka, anda dinasihatkan untuk segera menghapuskannya sebelum ia menjadi lebih besar dan berbahaya kepada orang ramai.

Apabila menyebut mengenai sarang tebuan, masing-masing ada cara tersendiri untuk menghapuskan rumah serangga itu.

Cuba Bakar Sarang Tebuan

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sayed_alyahyaa, kelihatan dua orang lelaki yang dipercayai anak beranak sedang cuba menghapuskan sarang tebuan.

Kelihatan anak lelaki yang dipanggil sebagai adik memegang batang kayu yang mempunyai api dihujungnya manakala bapanya dilihat memegang batang besi.

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar sarang serangga berbisa itu.

“Ok jom dik, jom, jom. Bakar, bakar,” kata lelaki itu.

Sedang dua beranak itu cuba menghapuskan sarang berkenaan, kedengaran bapanya sekali lagi memberi arahan yang menggambarkan seolah-olah anaknya itu tidak melakukannya dengan betul.

“Bakar bawah, astagfirullahalazim, bakar bawah abah kata. Bakar sarang dia,” kata lelaki itu lagi.

Namun tidak lama kemudian, anak yang dipanggil sebagai adik itu tiba-tiba melepaskan batang kayu yang dipegang.

Apa yang menjadi perhatian adalah kedua-dua mereka termasuk perakam video terus lari lintang pukang gara-gara takut dikejar dan disengat oleh serangga berkenaan.

Malah, turut kedengaran jeritan ‘lari’ oleh salah seorang daripada mereka.

Warganet Terhibur Lihat Aksi Dua Beranak

Video yang telah mendapat lebih 850 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen terhibur dengan keletah dua beranak itu.

Malah, ada netizen yang mempersoalkan cara mereka membakar sarang tersebut kerana netizen berpendapat keadaan persekitaran dan cara pemakaian adalah tidak sesuai.

Berikut antara komen netizen:

Orang Bakar Malam Buta, Bukan Waktu Cerah Bang

Saya Tengok Berkali-Kali Masih Gelak Sebab Pakcik Tu Comel

Yang Jerit Lari Tu Dah Macam Dalam Perang

Pakcik Tu Dan Lari Tak Masalahnya? Hampa Tinggal Dia Lagu Tu Jaa

Auto Abah Jadi Usain Bolt

Tips Hapuskan Sarang Tebuan

Tahukah anda, selain daripada memanggil anggota penyelamat seperti Bomba untuk menghapuskan sarang tebuan, anda juga boleh melakukannya sendiri. Namun, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Berdasarkan laman sesawang PropertyGuru, anda boleh menghapuskan sarang tersebut melalui empat cara berikut:

  • Menggunakan minyak diesel, petrol dan minyak tanah
  • Menggunakan peluntur
  • Mencurahkan airpanas
  • Menyembur peracun serangga seperti aerosol.

Namun, sebelum anda bertindak untuk memusnahkan sarang tersebut menggunakan cara di atas, anda dinasihatkan untuk mempersiapkan diri bagi memastikan anda selamat sewaktu melakukan proses tersebut.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil adalah:

  • Menghapuskan sarang pada waktu malam atau ketika sarang tersebut kosong.
  • Memakai pakaian yang tebal dan menutup satu badan
  • Semburkan pakaian dengan bau yang tidak disukai oleh serangga tersebut.
  • Pastikan tiada orang lain di sekeliling kawasan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Juruteknik Telekomunikasi Di Kulim Maut Disengat Tebuan Ketika Baikpulih Pencawang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak 5 Tahun Maut Akibat Disengat Tebuan Di Terengganu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.