Gara-Gara Lipas Banyak Di Rumah, Lelaki Di Taiwan Jadikannya Bahan Masakan [Video]
Menurut lelaki itu, lipas tersebut sebenarnya dibela untuk makanan haiwan reptilianya, namun ia membiak terlalu cepat dan banyak sehingga haiwan tersebut tidak mahu memakannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Makan makanan eksotik merupakan sesuatu perkara yang janggal di segelintir negara, namun tidak bagi negara Asia lain seperti Thailand, China serta banyak lagi.
Mungkin rasanya yang luar biasa menjadikan makanan eksotik ini mempunyai peminat yang tersendiri.
Lelaki kongsi resepi masak telur dadar dengan lipas
Baru-baru ini, seorang lelaki di Taiwan telah melakukan eksperimen dengan memakan lipas.
Malah dia turut berkongsi resepi masakan lipas itu di dalam grup Facebook.
Lelaki yang dikenali sebagai Sun Kuocheng turut ditemuramah oleh China Times selepas video menunjukkan dirinya memakan telur dadar bersama lipas tular di media sosial.
Ramai tak percaya, Sun buat video bukti makan lipas
Jelas Sun, pada awalnya dia berkongsi idea itu kepada grup kulinari di Facebook namun segelintir daripada ahlinya tidak percaya bahawa dia memakan lipas berkenaan.
Oleh itu, dia kemudian bertindak untuk merakamkan video sebagai bukti bahawa lipas sebenarnya boleh dinikmati sebagai makanan.
Bela lipas untuk makanan haiwan reptilia
Kata Sun dia membela lipas jenis Dubia itu di rumah sebagai makanan haiwan reptilianya. Namun ia telah membiak terlalu banyak dan cepat sehingga haiwan peliharaannya tidak mahu memakan lipas tersebut.
Selepas melakukan beberapa kajian, Sun kemudian mempunyai idea untuk memasukkan serangga itu ke dalam telur dadarnya.
“Ia tidak mempunyai bau yang pelik, rasanya sedikit seperti cendawan dan udang yang belum dikupas,” kata Sun, dipetik Taiwan English News.
Rasa perubahan seperti tidak mahu makan terlalu banyak
Menurutnya, dia telah memakan serangga itu untuk beberapa minggu dan merasakan sedikit perubahan pada badan iaitu dia berasa kenyang dan tidak mahu makan terlalu banyak makanan.
Ujarnya lipas adalah serangga dan ia tidak sepatutnya ditakuti malah ia kaya dengan sumber protein dan kandungan lemak yang rendah.