fbpx
Now Reading
Lelaki Campak Anak Saudara Dari Tingkat 1 Rupanya Ada Masalah Mental

Lelaki Campak Anak Saudara Dari Tingkat 1 Rupanya Ada Masalah Mental

Suspek sebelum ini dilaporkan mencampak kanak-kanak berkenaan selain menghempas adik mangsa yang berusia 40 hari ke lantai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu insiden menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan adik perempuannya yang berusia 40 hari mengalami kecederaan selepas dicampak oleh bapa saudara mereka sendiri.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 petang di Flat Nusantara, Sungai Pinang Selasa lalu (1 Ogos).

Susulan itu, pihak polis telah menahan reman suspek yang juga seorang lelaki berusia 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penahanan ke atas suspek dilakukan oleh anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semasa dia sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Suspek sedang menerima rawatan di HPP

Menurutnya, suspek yang juga seorang penganggur bagaimanapun kini ditahan di hospital berkenaan untuk mendapat rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HPP. Semasa kejadian, suspek dalam keadaan tidak berpakaian dan cedera pada pergelangan tangan kiri akibat dikelar olehnya sendiri.

“Menurut ahli keluarga suspek mengalami gangguan mental sejak sebulan yang lalu,” katanya dipetik Kosmo hari ini (3 Ogos).

Tempoh tahanan reman ke atas suspek sehingga 9 Ogos

Menurutnya lagi, tempoh tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari sehingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Berkongsi lanjut, Soffian berkata siasatan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.