fbpx
Now Reading
PRN: PAS Menang Di Kelantan & Terengganu, Bentuk Kerajaan Negeri

PRN: PAS Menang Di Kelantan & Terengganu, Bentuk Kerajaan Negeri

PAS menang sebanyak 23 kerusi di Kelantan manakala di Terengganu memperoleh 17 kerusi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Salleh sebentar tadi mengumumkan Parti PAS telah memenangi lebih 50% kerusi di Kelantan dan Terengganuu sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Jelasnya, bagi Kelantan, PAS telah berjaya memenangi sebanyak 23 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala PAS di Terengganu pula sudah berjaya memenangi sebanyak 17 kerusi daripada 32.

Jumlah kerusi di Kelantan dan Terengganu

Kelantan

GabunganJumlah Kerusi
Perikatan Nasional (PAS)43
Pakatan Harapan (PH)1
Barisan Nasional (BN)1

Terengganu

GabunganJumlah Kerusi
Perikatan Nasional (PAS)28
Pakatan Harapan (PH)0
Barisan Nasional (BN)0

Antara kerusi yang di menangi di Kelantan adalah Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri, Bunut Payong dan banyak lagi.

Bagi Terengganu antara kerusi yang berjaya diperoleh PAS adalah Jabi, Tepuh, Buluh Gading, Bukit Tunggal, Bukit Payung dan lain-lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.