fbpx
Now Reading
Pilot Kongsi Rasa Sedih Saat Terbang Lintasi Elmina Sebelum Mendarat Di Airport Subang [Video]

Pilot Kongsi Rasa Sedih Saat Terbang Lintasi Elmina Sebelum Mendarat Di Airport Subang [Video]

Juruterbang yang dikenali sebagai mrturboprop itu juga berharap agar punca berlakunya nahas pesawat terbabit dapat diketahui dalam masa terdekat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tragedi nahas sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam berdekatan Lebuhraya Gutherie pada 17 Ogos lalu.

Meskipun jalan tempat kemalangan itu telah dibuka semula, namun ia tetap memberi kesan yang mendalam kepada keluarga dan sesiapa yang melalui kawasan tersebut apabila mengenangkan nasib kesemua mangsa nahas yang terkorban.

Juruterbang buat video khas untuk tragedi nahas pesawat di Elmina

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang juruterbang membuat video yang ditujukan khas untuk mangsa tragedi nahas pesawat itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mrtuboprop, juruterbang terbabit membuat rakaman dengan menggunakan kamera jenis 360 ketika dia sedang mengendalikan pesawat itu.

Di ruangan kapsyen pula, mrturboprop turut menyatakan, “Elmina will never be the same for me anymore. This landing is for you (mangsa nahas).”

Juruterbang buat pendaratan di Lapangan Terbang Subang

Berdasarkan video tersebut, juruterbang berkenaan ingin melakukan pendaratan di landasan Lapangan Terbang Subang yang sepatutnya digunakan oleh Beechcraft 320 sebelum nahas berlaku.

“Petang kalau landing (mendarat) pasti boleh nampak orang jogging dan beriadah di situ,” tulisnya di dalam video.

Menurutnya, juruterbang berkenaan berharap agar punca berlakunya nahas pesawat itu dapat diketahui dalam masa terdekat.

@mrturboprop

Elmina will never be the same for me anymore. This landing is for you. #elmina #rip #alfatihah

♬ Sad and lonely – MoppySound

Terdahulu, pesawat yang membawa lapan orang termasuk dua juruterbang itu terhempas di tengah jalan sekaligus meragut nyawa kesemua mereka termasuk dua orang pengguna jalan raya.

Pesawat tersebut terhempas pada jam kira-kira 2.50 petang Khamis lalu ketika dalam berjalanan dari Langkawi menuju Subang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Adik Sayang Mama Sangat-sangat” – Ibu Sebak Kenang Ayat Terakhir Juruterbang

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.