fbpx
Now Reading
12 Jam Bertarung Nyawa, Joki Wakili ESR Motor Maut Akibat Kemalangan Semasa Dalam Perlumbaan Drag

12 Jam Bertarung Nyawa, Joki Wakili ESR Motor Maut Akibat Kemalangan Semasa Dalam Perlumbaan Drag

Menurut Pemilik ESR Adib Affandi, jenazah Allahyarham Hattem akan dibawa ke kampung halamannya di Alor Janggus, Kedah untuk urusan pengebumian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sukan permotoran merupakan antara aktiviti yang paling mendapat tempat di hati anak muda di Malaysia selain bermain bola dan sebagainya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan juga sukan permotoran seperti Cub Prix, MotoGP dan Drag pasti mempunyai risiko bahaya yang harus dihadapi penunggang.

Pelumba drag meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan

Seperti baru-baru ini, seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 telah meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 12 jam akibat kemalangan semasa acara itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Hattem Rashdi berusia 22 tahun terbabit kemalangan pada hari pertama perlumbaan pada 1 pagi Ahad lalu (3 September) di Pekan, Pahang selepas motosikal yang ditungganginya terbabas.

Dibawa ke Hospital Pekan sebelum dipindah ke HTAA kerana kritikal

Selepas kemalangan itu, Hattem yang mewakili ESR Motor telah dikejarkan ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selepas keadaannya dilihat semakin kritikal.

Menurut Pemilik ESR Motor Adib Affandi Mohamad, dia memaklumkan Hattem kemudiannya disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 2.30 petang semalam (4 Ogos).

Jenazah Allahyarham dibawa ke Alor Janggus untuk urusan pengebumian

Kata Adib, jenazah Allahyarham dibawa ke kampung halamannya di Alor Janggus, Kedah untuk urusan pengebumian.

“Allahyarham adalah pelumba litar drag yang berbakat dan menjadi penunggang kepada ESR Motor sejak dua tahun lalu.

“Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahyarham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas,” katanya dipetik Harian Metro.

Kemalangan maut di litar drag bukan yang pertama di Malaysia

Untuk info, kematian melibatkan pelumba drag di negara ini bukanlah kali pertama, bahkan sebelum ini pada tahun lalu seorang peserta bagi acara perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 turut meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Selang dua bulan kemudian, seorang pengusaha bengkel kereta pula maut selepas dirempuh sebuah kereta lumba semasa menonton pertandingan CCT Battle of Champion di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak di Perak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.