fbpx
Now Reading
Allahyarham Nazrin Hassan Ingin Ceraikan Samirah Sebelum Meninggal Dunia – Pendakwa Raya

Allahyarham Nazrin Hassan Ingin Ceraikan Samirah Sebelum Meninggal Dunia – Pendakwa Raya

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak selari dengan dapatan yang secara tepatnya dibuat berdasarkan fakta dan keterangan dikemukakan pendakwaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan yang ditemui maut di rumahnya lima tahun lalu didakwa berhasrat ingin menceraikan isterinya, Samirah Muzaffar sebelum kejadian yang meragut nyawanya itu.

Pihak pendakwaan memberi kenyataan itu semalam (4 Ogos) di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Samirah serta dua remaja daripada pertuduhan membunuh Nazrin.

Allahyarham Nazrin beritahu rakan baik mengenai masalah rumah tangganya

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim berkata, rakan baik Nazrin yang dikenali sebagai Eliza Elias diberitahu mengenai masalah perkahwinan pasangan berkenaan serta hasrat CEO syarikat itu untuk menceraikan isterinya.

Menurutnya, Nazrin memberitahu Eliza yang juga saksi pendakwaan ke-29 mengenai isu penceraian yang dibincangkan dengan isterinya.

“Selain itu, SP29 dan SP47 (pembantu peribadi Nazrin, Nurul Anisah Abdullah) ada memberitahu mahkamah prestasi kerja Nazrin mula merosot selepas mendirikan rumah tangga bersama responden pertama (Samirah).

“CEO terbabit ada masalah kewangan serta berlaku pergaduhan antara pasangan berkenaan.

“Meskipun semua responden (Samirah dan dua remaja) cuba menunjukkan kepada mahkamah bahawa perkahwinan pasangan itu adalah perkahwinan bahagia, namun hakikat sebenar adalah Nazrin ingin bercerai dengan responden pertama,” katanya dipetik Harian Metro.

Samirah dan tiga lagi individu didakwa membunuh Nazrin pada bulan Jun 2018

Terdahulu, Samirah dan dua remaja terbabit serta seorang warga Indonesia yang masih bebas dikenali sebagai Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh CEO syarikat itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 14 Februari 2018, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil seramai 57 saksi termasuk Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Pegawai Forensik Patologi HKL serta pengawal keselamatan kediaman Nazrin.

Keputusan Mahkamah Tinggi tidak selari dengan fakta & keterangan pendakwaan

Ujar Yusaini, keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak selari dengan dapatan yang secara tepatnya dibuat berdasarkan fakta dan keterangan dikemukakan pendakwaan.

“Berdasarkan keterangan dikemukakan, perayu dengan rendah diri menghujahkan bahawa secara kumulatifnya keterangan menjurus ke arah satu konklusi saja iaitu semua responden adalah orang bertanggungjawab terhadap kematian Nazrin, tiada orang lain.

“Berdasarkan kepada fakta bahawa responden terbabit adalah orang terakhir dengan Nazrin, adalah munasabah untuk dibuat inferens (kesimpulan) bahawa responden ada peluang untuk membunuh Nazrin,” katanya.

Peguam bela Samirah dan dua remaja berkenaan sifatkan isu penceraian sebagai tidak jelas

Dalam pada itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam yang mewakili Samirah dan dua remaja terbabit berkata isu penceraian yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan tidak jelas.

“Malah, ada keterangan kakak arwah, Che Elainee Che Hassan (SP21); pemandu arwah, Ahmad Edree Abdul Rashid (SP25); Nurul Anisah (SP47) dan rakan sekerja arwah, Eliza (SP29) mengenai hubungan baik arwah dan Samirah.

“Kesimpulannya tiada bukti menunjukkan bahawa kecederaan mengakibatkan kematian Nazrin adalah disebabkan oleh mereka yang dituduh,” katanya.

Difahamkan, prosiding rayuan bagi kes terbabit disambung hari ini (5 Ogos).

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.