fbpx
Now Reading
Kes Bunuh CEO Cradle Fund : Samirah & 2 Remaja Lelaki Dibebaskan

Kes Bunuh CEO Cradle Fund : Samirah & 2 Remaja Lelaki Dibebaskan

Mahkamah memutuskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah dan dua remaja tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (21 Jun), melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar, 47, dan dua remaja lelaki atas pertuduhan membunuh suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan pada 2018.

Menurut Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, keputusan itu diambil selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah dan dua remaja tersebut yang juga anaknya.

Ab Karim Ab Rahma turut memerintahkan supaya suspek dilepaskan tanpa dipanggil membela diri, lapor Bernama.

Pasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah; Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.

Terdahulu pada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan telah bertindak menutup kesnya selepas memanggil 57 saksi termasuk ahli keluarga arwah Nazrin.

Mengikut pertuduhan, Samirah serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam, 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018

[Berita lanjut menyusul]

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.