Menteri Disaran Tidak Bercuti Ke Luar Negara Ketika Musim Banjir

Sekiranya anda perasan, sejak kebelakangan ini beberapa kawasan di Malaysia sedang mengalami hujan yang berterusan.

Malah, yang lebih teruk terdapat beberapa tempat mengalami banjir kilat atau telah dinaiki air akibat daripada keadaan ini.

Ia berlaku kerana Malaysia dikatakan sedang mengalami Fasa Peralihan Monsun yang bermula sejak 19 September 2023 yang lalu. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), fasa ini dijangka akan berterusan sehingga November 2023.

Ketika peralihan monsun ini, negara akan mengalami hujan lebat, ribut petir serta angin kencang terutama di negeri-negeri pantai barat, pedalaman semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

Malah yang lebih teruk ia boleh menyebabkan bencana banjir sekaligus memberi kesan kepada penduduk di kawasan terlibat.

Menteri Digalakkan Tidak Bercuti Ke Luar Negara

Risau dengan keadaan semasa negara, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, menasihatkan anggota Jemaah Menteri yang merancang untuk bercuti di luar negara terutama ketika musim tengkujuh menilai semula hasrat mereka.

Ini bagi membolehkan mereka berada di negara dan bersama-sama rakyat jika bencana banjir melanda.

“Semua menteri khususnya mereka yang ada kaitan dengan isu bencana banjir adalah tidak digalakkan bercuti di luar negara terutama ketika musim tengkujuh nanti.

“Itu adalah amalan biasa dalam Kabinet bagi memastikan semua perkara yang berkaitan banjir dapat ditangani dengan baik jika bencana itu melanda negara,” kata beliau.

Kerajaan Laksanakan Persiapan Rapi Hadapi Banjir

Tambah beliau lagi, kerajaan sedang melaksanakan persiapan rapi bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula pada bulan hadapan.

Malah, persediaan sedia ada perlu diperkemaskan ekoran beberapa tempat di Sabah, Sarawak dan Perak telah dilanda banjir.

“Sehingga hari ini, seramai 228 penduduk daripada 72 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, 33 mangsa daripada tujuh keluarga di dua PPS di Limbang, Sarawak manakala di Perak 37 mangsa daripada sembilan keluarga.

“Sebab itulah persediaan rapi harus kita laksanakan mulai sekarang berikutan beberapa tempat sudah dilanda banjir,” katanya.

Jamin Bantuan & Bekalan Tidak Akan Berkurang

Mengulas mengenai kenaikan harga barang terhadap bekalan makanan yang disediakan buat mangsa banjir, Nancy memberi jaminan bahawa bekalan yang disediakan tidak akan berkurang dan kekal seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Kita tidak akan mengurangkan kuantiti barang makanan yang akan diagihkan seperti beras serta keperluan lain.

“Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menentukan perkara itu,” ujar beliau.

Buat anda yang mahu mendapatkan info berhubung amaran dan ramalan banjir, kenaikan air sungai serta kadar hujan, anda boleh melayari laman web rasmi Public Info Banjir yang disediakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Malah, anda juga boleh mengikuti tips persediaan banjir di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara.

Baca Artikel Berkaitan: Banjir Makin Memburuk, Kenali ‘Go Bag’ & Senarai Barang Wajib Ada Sebagai Persediaan Hadapi Bencana

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kebanyakan Kereta Perodua Seperti Myvi Boleh Redah Banjir? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips & Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago