fbpx
Now Reading
Ini Tips & Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir

Ini Tips & Persediaan Penting Ketika Berdepan Gelombang Banjir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Umum pasti mengetahui 4 negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Johor ketika ini sedang teruk dilanda banjir besar.

Ianya susulan dari Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka berterusan sehingga Mac 2021. Meskipun persediaan awal sudah dilakukan, namun faktor hujan berterusan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Bagi mencegah sebarang kecelakaan berlaku, kita hendaklah tahu beberapa langkah atau persiapan penting ketika berdepan dengan gelombang banjir.

Sebelum banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. Pastikan anda memahami sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir setempat. Cara paling mudah adalah dengan memuat turun aplikasi myCuaca.
  • Periksa lubang air sama ada longkang ataupun saluran najis sekalipun. Bersihkan halangan dan pastikan ianya tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan dimana letaknya pusat pemindahan dan pisat bantuan bencana di tempat anda, buat perancangan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih kerana semasa banjir berlaku air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa banjir

Foto sekadar hiasan. Kredit: Kosmo
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat. Elakkan melalui kawasan banjir kerana arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan menggunakan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
  • Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau di siang hari kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Gunakan laluan yang ditentukan kerana jalan singkat mungkin terhalang akibat bencana yang melanda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.