fbpx
Now Reading
Tular Pergaduhan Di Desaru International Bike Week, 2 Lelaki Ditahan Polis [Video]

Tular Pergaduhan Di Desaru International Bike Week, 2 Lelaki Ditahan Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Johor, insiden pergaduhan itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video pergaduhan secara berkumpulan ketika berlangsung sebuah acara di Johor.

Difahamkan, pergaduhan tersebut berlaku semasa acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, pada Sabtu lalu (23 September).

Polis tahan 2 lelaki tempatan berhubung pergaduhan itu

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan pergaduhan terbabit, dua lelaki tempatan telah ditahan.

Menurutnya, kedua-dua individu yang berusia 30 dan 50 tahun serta mengalami kecederaan ringan itu ditahan di sekitar bandar raya Kota Tinggi semalam (24 September).

Ujar Kamarul, seorang daripada mereka menerima empat jahitan di kepada dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.

Pergaduhan berpunca daripada salah faham dua kumpulan

Menurutnya lagi, pergaduhan yang berlaku sekitar jam 9 malam itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan perserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat manakala usaha sedang dijalankan untuk mengesan individu lain yang terlibat.

“Kita sedang menjalankan siasatan berapa ramai yang terlibat. Setakat ini, kumpulan antarabangsa dari Arizona, Amerika Syarikat dipercayai membabitkan antara 70 hingga 80 orang.

“Mungkin ada cabar-mencabar antara kumpulan terlibat, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dijalankan,” katanya dipetik Awani.

Pergaduhan berjaya dikawal dan dileraikan oleh pihak polis yang bertugas

Jelasnya lagi, seramai 350 anggota polis menjaga keselamatan dalam penganjuran DIBW 2023 itu, sekaligus pergaduhan berjaya dileraikan dan dikawal oleh pihaknya sebaik pergaduhan tercetus.

Kata Kamarul, pihak polis juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang membuat onar serta mencetuskan pergaduhan dalam acara itu.

“Pergaduhan seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara peminat motosikal berkuasa tinggi. Saya ingin memberi amaran kepada mereka yang terlibat, serah diri kepada polis atau mahu kami cari,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Kamarul berkata insiden pergaduhan itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Tular video seakan sedang provokasi sebelum tercetus pergaduhan di waktu malam

Terdahulu, tular satu video di sebelah siang yang memaparkan dua kumpulan dipercayai sedang saling memprovokasi antara satu sama lain.

Situasi tidak hanya berakhir disitu, apabila tular juga video di waktu malam pergaduhan secara beramai-ramai tercetus.

Berdasarkan rakaman video kelihatan, segelintir individu membaling kerusi ke arah lawan dan selainnya sedang bertumbuk.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.