Gardenia Naikkan Harga Beberapa Produk Terpilih Mulai 1 Oktober
Gardenia bagaimanappun mengesahkan tiada sebarang kenaikan membabitkan harga produk utama mereka seperti roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini (27 September) mengesahkan sejumlah 30 produk keluaran mereka akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.
Menurut pihak pengurusan Gardenia KL, perubahan harga sebanyak 10 dan 40 sen itu dipersetujui selepas pihaknya menyemak semula harga bagi beberapa produk terpilih.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tular foto senarai harga terbaharu produk Gardenia di media sosial sejak semalam.
Tiada kenaikan harga roti putih
Pun begitu, tiada sebarang kenaikan membabitkan harga produk utama mereka seperti roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em.
Difahamkan antara produk mengalami kenaikan adalah:
Puazz Sambal Bilis
Puazz Sambal Mackerel
Puazz Kari Ayam
Quick Bites Butter Toffee
Quick Bites Red Beans
Quick Bites Cream Rolls
Numee Yellow Noodle
Numee Keluarga
“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober 2023.
“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya,” kata Gardenia dipetik Awani.
Sebagai info, syarikat itu menaikkan enam harga produknya antara 10 sen hingga 50 sen pada 1 September 2022.