Pengendali Inap Desa Dikeluarkan Dari Akaun Airbnb Selepas Tular Sorok Kamera Dalam Soket
Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pasangan pelancong daripada China yang sedang berbulan madu di Sabah telah menemui kamera tersembunyi yang diletakan dalam salah sebuah soket di inap desa yang diduduki mereka.
Difahamkan, inap desa yang terletak di Kota Kinabalu itu ditempah oleh pasangan terbabit melalui aplikasi Airbnb pada 6 September lalu.
Susulan itu, pasangan terbabit telah bertindak membuat laporan kepada pihak Airbnb dan polis keesokan harinya sebelum pulang semula ke negara mereka.
Pasukan keselamatan Airbnb keluarkan akaun pengendali inap desa terbabit
Berikutan itu, pasukan keselamatan Airbnb telah bertindak mengeluarkan akaun pengendali inap desa terbabit sementara menunggu siasatan susulan.
Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Amanpreet Bajaj dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.
“Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami telah memberikan sokongan kepada tetamu kami,” katanya.
Amreet mengulas laporan MOTAC pandang serius isu berkenaan
Amanpreet berkata demikian selepas mengulas laporan yang menyebut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong warga asing berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC negeri dan agensi berkaitan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan itu yang didedahkan di platform media sosial Xiaohongshu.
Pasangan China tak perlu masa lama untuk temui kamera tersembunyi dalam soket
Terdahulu, pasangan pelacong China itu mendakwa mereka tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menemui satu kamera tersembunyi yang diletakkan dalam salah sebuah soket di penginapan terbabit.
Penemuan kamera tersembunyi itu menyebabkan wanita terbabit takut untuk membuka pakaiannya serta mandi pada malam tersebut.
Pasangan wanita itu juga telah mengambil tisu dan menutup lubang soket itu untuk langkah lebih berjaga-jaga sebelum dengan segera meninggalkan inap desa itu pada keesokan harinya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hilang Mood! Pelancong China Jumpa ‘Hidden Camera’ Dalam Bilik Penginapan Semasa Bulan Madu Di Sabah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: