fbpx
Now Reading
Jerebu Malaysia Bukan Berpunca Daripada Indonesia – Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia

Jerebu Malaysia Bukan Berpunca Daripada Indonesia – Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya Bakar, beliau menerusi satu kenyataan rasmi pada Isnin (2 Oktober) bahawa aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, hangat diperkatakan tentang jerebu yang melanda beberapa tempat di Malaysia.

Sehingga pagi semalam (2 Oktober), antara kawasan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat adalah Cheras, Nilai dan Shah Alam di mana masing-masing menunjukkan bacaan melebihi 150.

Menurut Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MET) Muhammad Helmi Abdullah, jerebu adalah berpunca daripada trajektori asap jerebu dari Kalimantan yang memberi kesan kepada beberapa negeri di timur Malaysia.

Malah, beberapa negara selatan ASEAN yang lain turut dijangka mengalami jerebu berikutan 353 titik panas di kesan di Kalimantan dan 113 lagi di Sumatera, Indonesia.

Indonesia Nafi Dakwaan Jadi Punca Jerebu

Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) menafikan dakwaan bahawa jerebu yang terjadi adalah akibat kebakaran hutan dan tanah di negara itu yang melintasi Malaysia.

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Siti Nurbaya Bakar, beliau menerusi satu kenyataan rasmi pada Isnin (2 Oktober) bahawa aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.

“Kami telah memantau keadaan, dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia,” katanya.

Tiada Imej Jerebu Yang Melintasi Malaysia

Tambahnya, KLHK telah menerima laporan imej taburan jerebu daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) dan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) bagi tempoh 28 hingga 30 September dan sehingga petang semalam pada jam 4.00 petang (Waktu Indonesia Barat).

Berdasarkan pemerhatian ASMC, tiada jerebu dari Indonesia yang melintasi Malaysia. Malah, jerebu berada pada tahap sederhana di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

Walau bagaimanapun, ia mula menebal di Kalimantan Tengah (Kalteng) dan Sumatera Selatan (Sumsel) pada 1 Oktober 2023. Namun, tiada jerebu yang dikesan melintas sempadan.

Manakala, berdasarkan pemerhatian negara berkenaan menggunakan satelit BMKG, jerebu turut dikesan di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan sepanjang tempoh tiga hari namun ia juga menunjukkan tiada jerebu yang melintas sempatan.

“Jadi jelas, kedua-dua sumber mengesahkan tiada jerebu rentas sempadan,” ujar beliau.

Kerajaan Indonesia Berusaha Keras Padam Kebakaran Hutan

Menurut Siti Nurbaya, pihaknya telah menerima makluman daripada pelbagai pihak yang perlu diberi perhatian.

Malah, kerajaan juga sedang berusaha untuk memadam kebakaran di hutan dan tanah gambut di Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan, dan beberapa wilayah lain di pulau Sumatera dan Kalimantan, serta beberapa bahagian di Jawa.

Antara operasi yang dilaksanakan adalah melalui pemadaman kebakaran di darat, pengeboman air dan penggunaan teknologi pengubahsuaian cuaca.

KLHK turut mendedahkan sebanyak 203 syarikat telah diberi amaran dan 20 syarikat ditutup kerana pembabitan mereka dalam kebakaran termasuk anak-anak syarikat Malaysia.

“Kerajaan Indonesia terus bekerja keras untuk menangani isu ini (karhutla),” kata Siti Nurbaya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.