fbpx
Now Reading
Jaga-jaga, Selepas Jerebu Ribut Petir Bakal Tiba

Jaga-jaga, Selepas Jerebu Ribut Petir Bakal Tiba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Jumaat lalu telah membuat kenyataan mengingatkan orang ramai bahawa ribut petir berserta hujan lebat dijangka akan melanda negara kita tanda berakhirnya Monsun Barat Daya.

Fasa peralihan monsun ini dijangkakan oleh pihak MET bermula pada 24 September 2019 sehingga awal November 2019.

Antara tempat yang dijangka bakal dilanda ribut petir ialah negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung , pantai barat Sabah kawasan barat dan tengah Sarawak.

Namun dari sudut positifnya ini  dapat  membantu meredakan masalah jerebu yang teruk melanda negara kita ekoran kebakaran hutan di banyak tempat di negara jiran Indonesia.

Met Malaysia juga menasihatkan orang awam untuk sentiasa berwaspada sepanjang peralihan monsun ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh  pihak mereka melalui medium media sosial, aplikasi myCuaca dan lawan sesawang mereka.

Dapatkan aplikasi myCuaca di dalam peranti anda disini : Android dan Iphone

Jangan lupa sediakan payung sebelum Hujan!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.