fbpx
Now Reading
Murid Dibenarkan Tak Hadir Sekolah Jika Ibu Bapa Bimbang Keadaan Kesihatan Ketika Jerebu Teruk

Murid Dibenarkan Tak Hadir Sekolah Jika Ibu Bapa Bimbang Keadaan Kesihatan Ketika Jerebu Teruk

Sehubungan itu, KPM telah menyediakan 9 garis panduan antaranya adalah semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah melebihi bacaan IPU 200 hendaklah ditutup serta merta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, negara telah dilanda jerebu dan beberapa kawasan telah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Antara kawasan yang terlibat adalah Cheras, Nilai serta Shah Alam apabila ia mencatat bacaan lebih daripada 150.

Baca artikel berkaitan: Jerebu Malaysia Bukan Berpunca Daripada Indonesia – Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia

Perkara ini secara tidak langsung membimbangkan ramai rakyat Malaysia khususnya ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah kerana mereka akan terdedah kepada udara yang tidak sihat.

KPM benarkan ibu bapa tak hantar anak sekolah jika bimbang kesihatan

Sehubungan itu, ibu bapa yang bimbang dengan kesihatan anak mereka dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Walau bagaimanapun, perkara itu perlulah dimaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa sama turut mengeluarkan 9 lagi garis panduan yang boleh diikut sekolah serta institusi dibawahnya dalam menghadapi fenomena ini.

Antara 9 garis panduan itu adalah:

  • Jika bacaan IPU melebihi 100, pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilir darjah yang membabitkan murid. Selain itu aktiviti keramaian atau sukan luar dari banggunan juga disarankan untuk ditangguh.
  • Semua sekolah yang ada dalam kawasan atau daerah yang melebihi bacaan IPU 200 perlu ditutup serta merta.
  • Pengetua atau guru besar perlu memastikan guru membuat tugasan sewajarnya di sekolah ketika sekolah ditutup jika tidak diberi cuti selaras dengan perutunkan dalam Surat Siaran Bil.8/2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.
  • Guru dan kakitangan tidak perlu datang ke sekolah sekiranya IPU melebihi 500.
  • Pihak sekolah perlu ikuti perkembangan berhubung fenomena di kawasan atau daerah masing-masing menerusi media sosial bagi memudahkan sebarang tindakan yang akan dilakukan. Selain itu, bacaan IPU juga boleh disemak secara terus menerusi portal JAS.
  • Pembukaan semula sekolah bergantung kepada pada IPU yang bawah daripada 200. Sekiranya ia menunjukkan pengurangan bawah 200 tindakan boleh diambil untuk persediaan dan pembukaan semula sekolah.
  • Murid-murid juga disarankan memakai pelitup muka sera minum air dengan kerap.
  • Jika ada pelajar yang tidak sihat, pihak sekolah perlu rujuk kepada ibu bapa mereka dengan segera.
  • Semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam perlu diteruskan.

JPN, PPD dan sekolah perlu ambil langkah pencegahan sewajarnya

KPM turut meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta sekolah untuk mengambil langkah pencegahan dengan sewajarnya.

Ini bertujuan untuk menjaga aspek kebajikan, keselamatan, serta kesihatan semua warga sekolah seperti murid-murid, guru serta kakitangan lain.

“KPM sentiasa memastikan kebajikan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dipelihara,” jelasnya lagi.

Langkah penjagaan kesihatan yang boleh dilakukan ketika jerebu

Memandangkan negara kini mempunyai udara yang tidak sihat serta boleh mengganggu kesihatan segelintir pihak, maka terdapat beberapa langkah penjagaan kesihatan yang boleh dilakukan.

Antara perkara yang boleh dilakukan sepanjang fenomena ini berlaku adalah cuba untuk mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, pakai pelitup muka ketika berada di luar khususnya tempat awam.

Selain itu, cuba untuk mengurangkan pengudaraan luar masuk ke dalam sesebuah bangunan. Ha jangan pula waktu jerebu korang buka tingkap ya!

Paling penting adalah minum air secukupnya, jika susah isi sahaja air dalam botol dan ingatkan diri untuk sentiasa minum.

Bukan hanya itu, anda juga boleh pasang alat penghawa dingin serta penapis udara agar udara di dalam rumah lebih baik.

Sekiranya merasakan diri tidak sihat, dapatkan rawatan dari pakar kesihatan dengan cepat. Jangan main-main tau guys, ia boleh meragut nyawa.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.