fbpx
Now Reading
Beri Pinjam Atau Sewa Kenderaan Kepada Warga Asing, Pemilik Boleh Disenarai Hitam – JPJ

Beri Pinjam Atau Sewa Kenderaan Kepada Warga Asing, Pemilik Boleh Disenarai Hitam – JPJ

Menurut Pengarah JPJ Negeri Kelantan Mohd. Misuari Abdullah, hukuman disenarai hitam ini bukan untuk menghukum tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mematuhi peraturan sedia ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, setiap individu yang memandu kenderaan di atas jalan raya perlu mengambil ujian memandu bagi mendapatkan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lazimnya, ujian yang perlu diambil adalah berbeza mengikut jenis kenderaan bermotor yang bakal dibawa sama ada motosikal, kereta, lori atau bas.

Namun, sejak akhir-akhir ini, sering kali dilihat kebanyakan warga asing membawa motosikal atau kereta di jalan raya.

Keadaan ini kadang kala mengundang tanda tanya sama ada mereka memiliki lesen memandu yang sah atau tidak serta kenderaan yang dipandu adalah milik mereka atau warga tempatan.

Bagi Pinjam Atau Sewa Kenderaan Kepada Warga Asing, Pemilik Kenderaan Boleh Disenarai Hitam

Namun, tahukah anda, rakyat Malaysia yang meminjam atau menyewakan kenderaan kepada warga asing berisiko untuk di senarai hitam oleh JPJ?

Menurut Pengarah JPJ Negeri Kelantan Mohd. Misuari Abdullah, tindakan itu bercanggah dengan undang-undang negara serta boleh menyebabkan risiko kepada pengguna jalan raya yang lain akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu.

Bagi beliau, hukuman disenarai hitam ini bukan untuk menghukum tetapi bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mematuhi peraturan sedia ada.

“Kalau warga asing…mereka kena ada pengesahan daripada kedutaan masing-masing. Untuk makluman, setakat ini kita (JPJ Kelantan) mengesan kebanyakkan rakyat tempatan memberi sewa atau pinjam dan menggunakan nama mereka untuk kenderaan seperti motosikal, lori, pikap dan kereta.

“Etnik Rohingya antara warga asing yang paling ramai dikesan melanggar peraturan. Apa yang pihak kami terkilan, geran atas nama rakyat tempatan…bila berlaku pelanggaran peraturan jalan raya, tindakan akan dirujuk kepada pemilik tempatan dan mereka berisiko disenarai hitam mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” kata beliau.

196 Kenderaan Disita

Tambah beliau lagi, sejak Januari yang lalu, sebanyak 196 kenderaan disita oleh JPJ atas kesalahan dipandu oleh warga asing. Malah, kenderaan ini tidak dituntut oleh pemiliknya yang merupakan rakyat tempatan.

Menurut Misuari, penguatkuasaan yang dilaksanakan membabitkan warga asing membuktikan bahawa tanggungjawab JPJ bukan menumpukan kepada masyarakat tempatan tetapi kepada semua pihak.

𝟑𝟖𝟐 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐓𝐀 𝐉𝐏𝐉 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐎𝐏𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍…

Posted by JPJ Negeri Kelantan on Thursday, 28 September 2023

Terdahulu, menerusi satu hantaran di Facebook JPJ Kelantan, pihak JPJ mengingatkan kepada individu agar tidak memberi sewa atau meminjam kenderaan kepada warga asing. Tindakan itu merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kesalahan ini boleh membuat aduan melalui atas talian di laman web (Sistem Pengurusan Aduan Awam) SISPAA JPJ atau di pejabat JPJ yang berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Memandu Tanpa Lesen, Dua Beradik Warga Asing Dicekup Cuba Rasuah Polis

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Warga Asing Bawa Motor Tanpa Lesen, PDRM Sahkan Motosikal Milik Anggota Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.