fbpx
Now Reading
Tular Video Warga Asing Bawa Motor Tanpa Lesen, PDRM Sahkan Motosikal Milik Anggota Polis

Tular Video Warga Asing Bawa Motor Tanpa Lesen, PDRM Sahkan Motosikal Milik Anggota Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, hasil pemeriksaan mendapati warga asing itu tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cukai jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Ahad (9 September) yang lalu, tular di media sosial video yang memaparkan seorang warga asing ditahan polis trafik.

Ketika kejadian, anggota polis berkenaan mendapati warga asing tersebut tidak mempunyai lesen memandu.

Warga asing itu kemudiannya mendakwa motosikal yang ditunggangnya dibeli daripada seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Sepang.

Penunggang Tidak Mempunyai Lesen Memandu & Motosikal Tiada Cukai Jalan

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggang tidak mempunyai cukai jalan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang kemudiannya mengeluarkan saman terhadap penunggang tersebut atas kesalahan tiada lesen memandu,” katanya.

Sahkan Motosikal Milik Anggota IPD Sepang

Tambah Wan Kamarul lagi, semakan mendapati motosikal yang ditunggang oleh warga asing berkenaan adalah milik salah seorang anggota yang bertugas di IPD Sepang.

“Pemilik motosikal ini telah menghantar motosikalnya untuk dibaiki di sebuah bengkel.

“Bagaimanapun, disebabkan pemilik terlalu lama tidak mengambil semula motosikalnya, warga asing berkenaan meminta untuk membelinya sebelum dipersetujui pemiliknya itu,” katanya.

Susulan daripada kejadian ini, polis meminta orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sebarang kesalahan jalan raya boleh diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau kaedah-kaedah pengangkutan jalan.

~KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SEPANG~ 12 SEPTEMBER 2023 TERKESAN (1) SATU VIDEO YANG DIMUAT NAIK DI AKAUN TIKTOK BERKENAAN WARGA ASING MENUNGGANG MOTOSIKAL TANPA LESEN.

Posted by Polis IPD Sepang on Tuesday, 12 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Bawa Masuk Warga Asing Ke Malaysia, Dua Individu Termasuk Penguat Kuasa Ditahan Kerana Rasuah

Baca Artikel Berkaitan: Memandu Tanpa Lesen, Dua Beradik Warga Asing Dicekup Cuba Rasuah Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.