fbpx
Now Reading
Bawa Masuk Warga Asing Ke Malaysia, Dua Individu Termasuk Penguat Kuasa Ditahan Kerana Rasuah

Bawa Masuk Warga Asing Ke Malaysia, Dua Individu Termasuk Penguat Kuasa Ditahan Kerana Rasuah

Menurut Pengarah SPRM Selangor yang mengesahkan penahanan itu, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemasukan warga asing ke dalam negara ini secara haram telahpun berlaku sejak dahulu lagi, bahkan ia masih terjadi sehingga hari ini.

Lebih membimbangkan, kemasukan warga asing ini untuk bekerja secara haram dibantu oleh segelintir individu tempatan yang tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan.

Dua lelaki termasuk penguat kuasa ditahan kerana rasuah bawa masuk warga asing

Baru-baru ini, dua lelaki termasuk anggota penguat kuasa ditahan kerana dipercayai terlibat dalam rasuah berjumlah RM105,000 untuk kemasukan warga asing pada tahun lalu.

Kedua-dua suspek yang berumur 30-an dan 40-an itu ditahan sekitar jam 1 tengah hari selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, semalam (16 Ogos).

Dipercayai terima rasuah untuk dapatkan surat jaminan kemasukan warga asing

Menurut sumber, siasatan awal mendapati rasuah tersebut bagi mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelaut, walhal bekerja sebaliknya.

Kata sumber itu lagi, salah seorang suspek yang ditahan juga merupakan ahli perniagaan dan mempunyai sebuah syarikat.

“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari September hingga Disember tahun lalu,” katanya dipetik Kosmo.

Pengarah SPRM Selangor sahkan penahanan tersebut

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim pula ketika dihubungi media mengesahkan penahan tersebut dan akan membuat permohonan reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Shah Alam, hari ini (17 Ogos).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009,” kata Alias.

Kemasukan warga asing ke negara ini amatlah membimbangkan segelintir pihak kerana dikhuatiri dapat menjejaskan peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata kemasukan warga asing ke dalam negara ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan.

Menurutnya, kemasukan warga asing ini hanyalah untuk mengisi peluang pekerjaan yang tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia, lapor Kosmo.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.