fbpx
Now Reading
Hilang Lepas Keluar COD Telefon: Muhammad Daniel & Tunang Diminta Tampil Ke Balai Untuk Siasatan

Hilang Lepas Keluar COD Telefon: Muhammad Daniel & Tunang Diminta Tampil Ke Balai Untuk Siasatan

Sebelum ini, Daniel didakwa telah membuat panggilan video kepada tunangnya dan meminta pertolongan selain turut dilihat berlari dan menangis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan kisah seorang lelaki yang didakwa tidak pulang selepas membuat penghantaran telefon pada 3 Oktober lalu.

Menurut ibu saudara, Eyraswan Ramadhan yang memuat naik perkara itu di Instagram mendakwa lelaki berkenaan iaitu anak saudaranya yang dikenali sebagai Muhammad Daniel Haikal, 27, sempat menghubungi tunang menerusi panggilan video.

Dalam rakaman panggilan video terbabit kelihatan dia menangis sambil berlari untuk mencari jalan keluar serta meminta tolong menyelamatkan dirinya.

Baca artikel berkaitan: Sempat Video Call Tunang Minta Tolong, Lelaki Hilang Lepas Keluar COD Telefon Pintar

Ibu saudara maklum mangsa dah dijumpai

Walau bagaimanapun pada 7 Oktober, Eyraswan sekali lagi memuat naik satu hantaran bagi memaklumkan Daniel telah dijumpai dalam keadaan selamat.

Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai termasuk pihak berkuasa yang telah membantu untuk mencari Daniel.

Polis minta Daniel tampil ke balai untuk siasatan

Ekoran daripada kejadian itu, polis kemudian meminta agar mangsa yang didakwa hilang untuk tampil ke balai bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan polis sehingga kini tidak berjaya menghubungi mahupun mengesan Daniel serta tunangnya.

“Kami meminta mereka segera menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis terdekat untuk bantu siasatan.

“Buat masa ini, kami cuma dimaklumkan berkaitan kes orang hilang yang dilaporkan di Balai Brickfields dan mangsa sudah kembali kepada keluarganya,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Kata beliau lagi, tiada laporan berhubung kejadian samun mahupun jenayah lain yang dilaporkan daripada pihak Daniel.

Polis sedang berusaha kesan Daniel untuk tahu perkara sebenar

“Polis sedang usaha berhubung dengan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

“Jika ada pengesahan daripada mangsa mengenai sebarang perkara jenayah, pihak IPD Klang Selatan akan membuka kertas siasatan,” katanya lagi.

Akan cerita apa yang berlaku nanti

Walau bagaimanapun, menerusi satu muat naik terbaharu ibu saudara Daniel di IGStory, dipercayai mereka telah tampil untuk membuat laporan berdasarkan struktur bangunan di dalam video tersebut.

Selain itu, Eyraswan turut menyatakan dia hanya akan menceritakan perkara tersebut nanti kerana ingin menghormati pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.