fbpx
Now Reading
Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang

Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 bagi Loji Rawatan Air Sungai Langat, manakala Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang pada 12:00 tengah malam, 12 Oktober 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat serta gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Loji Rawatan Air Sungai Langat

Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat (LRA Sg Langat) telah siap dilaksanakan. Walaupun begitu, terdapat sedikit kesulitan teknikal di lapangan dan mereka sedang berusaha menyelesaikannya.

Namun begitu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan melalui sumber alternatif secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis).

Loji Rawatan Air SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang

Berkenaan status terkini gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor pula, sehingga jam 6:00 pagi, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 67%.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam, 12 Oktober 2023 (Khamis). Senarai kawasan-kawasan yang belum pulih LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor boleh didapati di laman web Air Selangor.

“Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.”

Air Selangor

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.