ATM Sedia Hantar Pasukan Pengaman Ke Palestin Sekiranya Dapat Mandat – Menteri Pertahanan

Ketika ini, konflik di antara Palestin dan Israel masih belum menemui penyelesaian apabila rejim Zionis tanpa henti terus menyerang Semenanjung Gaza sehingga membunuh ribuan nyawa orang awam seperti warga emas, wanita dan kanak-kanak.

Kekejaman tentera Israel itu telah mendapat kecaman seluruh dunia selain berharap agar gencatan senjata dapat dilakukan serta-merta.

ATM sedia menghantar pasukan ke Palestin sekiranya diberi mandat

Tidak hanya itu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersedia bagi menghantar pasukan pengaman ke Palestin sekiranya mendapat mandat.

Foto: ATM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun keputusan menghantar tentera pengaman secara unilateral ke kawasan berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Ia memerlukan penelitian pelbagai pihak, termasuk Kementerian Luar, pandangan negara sekitar kawasan bergolak atau kawasan krisis dan paling utama mendapat mandat yang jelas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Buat sahaja keputusan dan kami (ATM) akan ke sana (Palestin) jika ada keputusan, ada mandat membolehkan kita menghantar tentera pengaman kita dengan segera. Bahkan kita dah ada pun di Lubnan,” katanya dipetik Kosmo hari ini (31 Oktober).

Malaysia terikat dengan perjanjian NAM

Untuk info, walaupun Malaysia merupakan antara negara yang memihak kepada Palestin, negara ini tetap tidak boleh sewang-wenangnya menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu dalam peperangan.

Hal ini kerana, Malaysia terikat dengan perjanjian di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Perlindungan NAM terhadap Malaysia akan terbatal sekiranya bantu Palestin berperang

Sekiranya Malaysia mula memberi bantuan kepada Palestin atau mana-mana negara dari segi kekuatan ketenteraan mahupun senjata, maka perlindungan NAM tersebut secara automatik akan terbatal.

Kesan buruk sekiranya perjanjian ini terbatal adalah Malaysia tidak akan menerima sebarang bantuan daripada negara di bawah NAM seandainya diserang.

Tentera Malaysia boleh dihantar tapi sebagai pengaman melalui PBB

Walaupun begitu, tentera Malaysia masih boleh dihantar ke luar negara, namun bukan tujuan untuk berperang, sebaliknya sebagai pengaman melalui PBB dan tidak secara sendirian.

Pendek kata, penghantaran tentera ke luar negara tidak boleh sesuka hati kerana setiap negara terikat dengan undang-undang antarabangsa.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago