fbpx
Now Reading
Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin? Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

Kenapa Malaysia Tak Hantar Bantuan Tentera Ke Palestin? Ini Penjelasan Yang Ramai Tak Tahu

Secara ringkasnya, penghantaran tentera ke luar negara tidak boleh sesuka hati kerana setiap negara terikat dengan undang-undang antarabangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, pasti ramai yang telah mengetahui isu semasa konflik di antara Palestin dan Israel yang sedang berperang.

Setakat hari ini, dilaporkan seramai lebih 3,000 nyawa telah terkoban angkara peperangan itu, lapor The Guardian.

Dalam pada itu, pasti akan ada segelintir rakyat Malaysia yang akan mempersoalkan mengapa tentera-tentera kita tidak dihantar untuk membantu negara Palestin.

Malaysia tak boleh bantu berperang kerana terikat dengan perjanjian NAM

Meskipun kita merupakan antara negara yang memihak sepenuhnya kepada Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan Israel, kita tetap tidak boleh menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu dalam peperangan.

Ini kerana Malaysia sebenarnya terikat dengan perjanjian di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Di dalam perjanjian NAM, Malaysia telah dilindungi hak daripada dijajah dan tertakhluk kepada undang-undang tubuh NAM dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UN.

Perkara sama turut dikongsikan menerusi hantaran carousel di akaun TikTok @daengmu47.

Perlindungan NAM terhadap Malaysia akan terbatal sekiranya negara ini bantu Palestin berperang

Sekiranya Malaysia mula memberi bantuan kepada Palestin atau mana-mana negara dari segi kekuatan ketenteraan atau senjata, maka perlindungan NAM tersebut secara automatik akan terbatal.

“Kesan yang paling besar adalah jika ada negara yang menyerang Malaysia, kita tidak akan dapat bantuan dari negara di bawah NAM.

“Okay contohlah kita tetap berkeras nak hantar juga bantuan macam misi keamanan, kita boleh hantar tetapi sebagai pengaman melalui UN,” katanya.

Tentera Malaysia boleh dihantar tapi sebagai pengaman melalui PBB

Buat anda yang tertanya-tanya, sememangnya tentera Malaysia boleh dihantar ke luar negara, namun tujuan mereka bukan untuk berperang, sebaliknya sebagai pengaman melalui PBB dan bukan secara sendirian.

Secara rumusannya, penghantaran tentera ke luar negara tidak boleh sesuka hati kerana setiap negara terikat dengan undang-undang antarabangsa.

“Sama-sama kita doakan keselamatan rakyat Palestin dan teruskan tunjuk solidariti kita buat mereka,” katanya lagi.

Malaysia pernah hantar askar ke Palestin di bawah PBB pada 2017

Sebagai info, Malaysia sebelum ini pernah menghantar sejumlah askar ke Palestin bagi memastikan keamanan dan bukannya untuk berperang.

Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, Para anggota tentera Malaysia dihantar melalui misi pengaman di bawah PBB, lapor Awani.

Selain Palestin, Malaysia pernah menghantar tentera di bawah panji PBB ke Bosnia, Filipina, Lubnan, Sudan dan beberapa negara lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.