fbpx
Now Reading
Lelaki Diberkas Polis Selepas Cuba Larikan Kereta Proton Persona Bersama 6 Murid Sekolah [Video]

Lelaki Diberkas Polis Selepas Cuba Larikan Kereta Proton Persona Bersama 6 Murid Sekolah [Video]

Terdahulu, tular di media sosial video yang menunjukkan anggota polis serta orang ramai menangkap seorang lelaki yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta bersama enam murid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bahaya boleh berlaku di mana-mana sahaja baik di dalam ataupun ketika berada di luar rumah. Kebiasaannya, setiap orang dinasihatkan untuk menjaga diri dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika berada di luar.

Namun, dalam kita berhati-hati dan menjaga keselamatan, ada segelintir individu yang bersikap mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab hingga boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Lelaki Cuba Larikan Kereta Bersama 6 Orang Murid

Terbaharu, tular di media sosial video seorang lelaki berjaya ditangkap polis ketika cuba melarikan diri bersama sebuah kereta yang dinaiki enam murid sekolah.

Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk Kundasang, Sabah pada jam 5.00 petang semalam (31 Oktober).

Video yang tular itu memaparkan suspek telah diberkas oleh anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai dan kedengaran suara kanak-kanak yang menangis.

Polis Terima Laporan Lelaki Cuba Larikan Kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin, pihaknya telah menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang cuba melarikan sebuah kereta Proton Persona.

Suspek didakwa melarikan diri bersama enam pelajar sekolah yang turut berada dalam kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

Simiun turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk menyalurkan info berhubung insiden berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, Sabah.

Terdahulu, tular di media sosial video yang menunjukkan anggota polis dengan bantuan orang ramai menangkap seorang lelaki yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta.

Menerusi video berkenaan, turut kelihatan beberapa orang pelajar sekolah keluar daripada kenderaan tersebut dan kedengaran suara kanak-kanak menangis.

Difahamkan, pemilik kereta Proton Persona telah memberhentikan kenderaan di hadapan kedai bagi membeli barang dan meninggalkan kunci kenderaan tersebut.

Video itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata memuji ketangkasan dan kecekapan anggota PDRM dalam memberkas penjenayah itu.

Malah, ada segelintir yang turut mengingatkan agar mengunci pintu kereta walaupun hanya untuk keluar dalam masa yang singkat.

Tahniah PDRM!

Terbaik PDRM, Cekap & Pantas

Saya Sentiasa Pesan Dekat Isteri Kunci Pintu Walaupun Saya Masuk Kedai Runcit Sekejap

Masuk Je Kereta Kunci Terus, Walaupun Sekejap Kena Kunci

Peringatan Untuk Kita, Asal Keluar Kereta Walau Sekejap Sentiasa Kunci Pintu

Kesian Dengar Budak Nangis, Trauma Betul Dia

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.