fbpx
Now Reading
Mahkamah Arah Ramasamy Bayar RM1.52 Juta Kerana Fitnah Dr Zakir Naik

Mahkamah Arah Ramasamy Bayar RM1.52 Juta Kerana Fitnah Dr Zakir Naik

Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan demikian selepas mendapati Dr Zakir Naik berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan Ramasamy pada empat tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini (2 November) mengarahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta kerana memfitnah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik.

Difahamkan, bayaran sebagai pampasan itu perlu dijelaskan oleh Ramasamy dalam tempoh 30 hari.

Dr Zakir Naik berjaya penuhi tiga elemen fitnah

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati Dr Zakir berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP terbabit pada empat tahun lalu.

Semasa prosiding, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pendakwah berkenaan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di Nigeria untuk majlis ceramah hingga 5 November ini.

Susulan itu, Akhberdin menyatakan Dr Zakir menghadiri prosiding hari ini secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Sementara Ramasamy hadir ke mahkamah dengan diwakili oleh peguamnya.

Dr Zakir failkan dua saman terhadap Ramasamy kerana memfitnahnya

Terdahulu, pada bulan Oktober dan Disember 2019, Dr Zakir memfailkan dua saman berasingan kerana mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam tuntutan saman yang difailkan itu, beliau mendakwa Ramasamy pernah memfitnahnya pada 10 April 2016 dengan memanggilnya ‘Syaitan’ menerusi laman Facebook.

Ramasamy dakwa Malaysia lindungi pelarian dari India

Selain itu pada 1 Oktober 2017, Ramasamy memfitnah tokoh pendakwah itu dalam satu kenyataan disiarkan media dengan mendakwa Malaysia melindungi pelarian dari India.

Dr Zakir juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran kerajaan Kelantan yang diterbitkan portal berita pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, bekas Ahli Dewan Undangan Negeru (ADUN) Perai itu sekali lagi dikatakan memfitnah Dr Zakir dalam satu kenyataan yang dikatakan mengandungi unsur kebencian.

Saman kedua Dr Zakir pula dibuat selepas pendakwah itu mendakwa Ramasamy memfitnahnya dengan mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan media pada 8 November 2019.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.