fbpx
Now Reading
Kawalan Harga & Subsidi Ditamatkan, Kerajaan Pulau Pinang Laksana Intervensi Bekalan Ayam

Kawalan Harga & Subsidi Ditamatkan, Kerajaan Pulau Pinang Laksana Intervensi Bekalan Ayam

Pelan ini dilaksanakan bagi memberi pilihan dan jaminan kepada rakyat untuk mendapat bekalan ayam pada harga yang berpatutan dan di bawah harga siling semasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah mengumumkan subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan sepenuhnya berkuatkuasa pada Rabu lalu (1 November).

Walau bagaimanapun, Mat Sabu berkata subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan mengikut mekanisma sedia ada.

Foto: Malaymail

Pulau Pinang laksana pelan intervensi bekalan ayam

Susulan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam terbabit, kerajaan negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelan intervensi bekalan bagi keperluan barang asas itu.

Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama erat Lembaga Peladang (LPP) memainkan peranan penting dalam meluaskan akses bagi perbekalan ayam.

“Ia dijalankan menerusi melalui 31 Outlet Agrobazaar FAMA serta 16 Outlet Runcit NAFAS, Program Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah secara berterusan di seluruh daerah dalam negeri ini.

“Langkah ini juga memberikan pilihan dan jaminan kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan ayam pada harga yang berpatutan dan di bawah harga siling semasa,” katanya dipetik Kosmo semalam (2 November).

Foto: Conny Banji via Borneo Post

Kerajaan ingin kurangkan ketirisan subsidi yang dinikmati warga asing dan golongan kaya

Terdahulu, menurut Mat Sabu, penamatan kawalan harga dan subsidi ayam dilaksanakan kerana ingin mengurangkan ketirisan subsidi di mana pada ketika ini turut dinikmati oleh warga asing serta golongan berpendapatan tinggi.

Menurutnya lagi, langkah ini mampu membantu kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosio-ekonomi dan kebajikan kepada masyarakat termasuk bantuan tunai.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.