Boleh Dipenjara, Singapura Larang Pakai Atau Tayang Logo Berkaitan Perang Israel-Palestin

Di Malaysia, rakyat bebas untuk memakai baju atau mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap negara itu yang kini sedang diserang tentera Israel sehingga meragut melebihi 10,000 nyawa penduduk Semenanjung Gaza termasuk kanak-kanak.

Malah ada segelintir individu yang memiliki bendera Israel bagi tujuan kebencian seperti membakar dan memijaknya.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat

Singapura larang pakai atau tayang logo berkaitan perang Israel-Palestin

Pun begitu, lain pula dengan negara jiran Singapura apabila kerajaannya mengumumkan larangan memakai atau menayangkan secara umum logo berkaitan perang Israel-Palestin tanpa permit, bahkan ia menjadi suatu kesalahan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA), mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SGD$500 (RM1,722) di bawah Akta Logo Kebangsaan Asing (Kawalan dan Paparan) 1949.

Undang-undang terbabit merangkumi semua logo kebangsaan asing termasuk bendera dan kain rentang mana-mana negara, malah pengembara asing yang memakai logo seumpamanya boleh dinafikan kemasukan ke Singapura.

Menurut MHA Lagi, pihaknya sedar bahawa pakaian dan barangan tertera simbol atau logo kebangsaan asing berhubung konflik Palestin-Israel itu sedang dijual dalam talian, dipakai atau ditayangkan oleh orang awam.

Sehubungan itu, ia menerima banyak pertanyaan mengenai sama ada tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang melakukannya.

Konflik Palestin-Israel mempengaruhi emosi

Jelas MHA, perang kedua-dua negara terbabit yang berlaku sekarang adalah isu yang mempengaruhi emosi dan menasihati orang ramai supaya jangan menayangkan atau memakai barangan berkaitan konflik berkenaan.

Tegas kementerian itu lagi, perbuatan terutamanya yang menggalakkan atau menyokong menerusi pemakaian baju atau barangan yang tertera logo kumpulan pejuang seperti Hamas atau sayap tenteranya, Briged Al-Qassam adalah dilarang sama sekali.

MHA benarkan salur sumbangan kepada mangsa konflik melalui pihak yang diamanahkan

Bagaimanapun, bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada mangsa konflik, MHA berkata mereka boleh menyumbang kepada pihak yang diamanahkan mengutip sumbangan dana atau derma bagi tujuan bantuan kemanusiaan.

Parti Tindakan Rakyat (PAP), Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) turut mengutuk kekejaman terhadap orang awam dalam konflik terbabit.

Perhimpunan di Sudut Penceramah berkaitan konflik terbabit juga dilarang

Selain itu, perhimpunan di Sudut Penceramah berkaitan isu terbabit adalah menyalahi undang-undang dan juga dilarang sama sekali.

Menteri bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Muhammad Faishal Ibrahim dalam ucapanya di Parlimen pada Isnin (6 November) berkata, dalam tempoh tiga tahun ini sebanyak tujuh permohonan seumpamanya di Sudut Penceramah Hong Lim Park ditolak.

Ujar Muhammad Faishal, lima daripada permohonan itu adalah khusus bagi acara berkaitan perang Israel-Palestin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago