fbpx
Now Reading
Wanita Penghidap Cancer Payudara Trauma Lepas Dada Diraba Lelaki Bergelar ‘Ayahanda’

Wanita Penghidap Cancer Payudara Trauma Lepas Dada Diraba Lelaki Bergelar ‘Ayahanda’

Mangsa difahamkan menghadapi trauma selepas menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya itu yang juga seorang warga emas bergelar ‘Ayahanda’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang bergelar ‘Ayahanda’ didakwa memegang payudara pekerja wanita selain menyerang mangsa secara seksual.

Warga emas berusia lingkungan 70-an itu didakwa melakukan perbuatan keji ke atas mangsa yang juga penghidap barah payudara tahap empat ketika mereka berada di pejabatnya di sekitar Petaling Jaya, Selangor pada Mei lalu.

‘Ayahanda’ dibuang dari persatuan Permas selepas kejadian

Namun warga emas miang itu yang juga salah seorang ahli Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) telah dibuang daripada persatuan berkenaan.

Presiden Permas, Datuk Ismail Awang berkata, pihaknya sudah bertemu mangsa berkenaan pada 23 September lalu.

“Suspek sudah dipecat daripada jawatannya dalam persatuan dan mengikut perlembagaan dia perlu memberi laporan balas.

“Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang respon (bertulis) dan hanya menafikan tuduhan (gangguan seksual) itu secara lisan tetapi tiada penjelasan bertulis,” katanya dipetik Harian Metro semalam (6 November).

Mangsa pernah bekerja di syarikat membekal buruh asing milik suspek

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita penghidap barah payudara menghadapi trauma selepas menjadi mangsa gangguan seksual oleh majikannya sendiri yang juga bergelar ‘Ayahanda’.

Mangsa yang dikenali sebagai Ana berkata, dia mengenali warga emas itu apabila pernah bekerja di syarikat membekal buruh asing milik suspek pada 2021 namun meletakkan jawatan berikutan masalah kesihatan dialami anaknya.

Menurut Ana, 49, dia membuat laporan polis selepas kejadian kerana berasa maruahnya dipermainkan selain meminta rakan sekerja yang juga didakwa sering diserang secara seksual oleh warga emas itu untuk membuat laporan sama.

Rakan-rakan lain yang turut menjadi mangsa enggan buat laporan polis

Pun begitu, Ana berkata, rata-rata rakan sekerjanya enggan membuat laporan kerana menganggap lelaki itu seperti ‘bapa-bapa’ dan ‘datuk-datuk’ malah ada yang menganggap perbuatan terbabit tidak lebih dari gurauan.

Menurutnya lagi, pada awalnya dia berasa takut untuk membuat laporan namun atas sokongan rakan dan ahli persatuan lain dia memberanikan diri untuk tampil.

Sementara itu, Ketua Polisa Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan bahawa suspek sudah dituduh dan sedang menanti proses perbicaraan di mahkamah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.