fbpx

KKM Buka Permohonan Bagi Petugas Kesihatan Untuk Sertai Pasukan Perubatan Ke Gaza

Terdahulu, KKM juga telah mengambil langkah menyediakan bantuan kemudahan dan kelengkapan perubatan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka permohonan kepada para petugas kesihatan yang bersedia serta ingin menyertai pasukan perubatan ke Gaza.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, latihan bersesuaian juga akan diberikan kepada pasukan perubatan berikutan petugas yang menyertai akan berhadapan dengan situasi merawat mangsa dalam lokasi peperangan.

KKM adakan kerjasama ingin bantu sistem kesihatan di Gaza yang terjejas

Menurutnya, KKM telah bekerjasama dengan Palang Merah Antarabangsa dan Mercy Malaysia dalam inisiatif tersebut untuk membantu sistem kesihatan di Gaza yang pada ketika ini terjejas akibat konflik terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Empat Hospital Di Gaza Lumpuh, Pesara Sektor Perubatan Diminta Kembali Bertugas

“Permohonan penyertaan dibuka secara dalam talian untuk mana-mana anggota kesihatan yang bersedia untuk dihantar ke sana (Gaza).

“Kita berdepan dengan peperangan, latihan meliputi sudut fizikal, mental dan emosi kerana berdepan dengan peperangan ini. Ia satu perkara yang sangat menekan.

“Jadi, dari sudut persediaan lain, saya yakin mereka memang bersedia,” katanya dipetik Kosmo hari ini (15 November).

KKM sedia hantar pasukan perubatan ke Gaza sebaik terima kebenaran

KKM pada Isnin lalu (13 November), mengesahkan pihaknya telah bersedia untuk menghantar pasukan perubatan ke Gaza sebaik sahaja kebenaran diberikan selain turut mengenal pasti pasukan yang boleh dimobilisasikan.

Jelas Dr. Zaliha, beliau turut berhubung dengan pasukan perubatan di Gaza bagi menyalurkan bantuan keperluan perubatan dan pembedahan berikutan jumlah mangsa cedera yang sangat tinggi di wilayah terbabit.

KKM ambil langkah sediakan bantuan kemudahan & kelengkapan perubatan ke Gaza

Terdahulu, KKM juga telah mengambil langkah menyediakan bantuan kemudahan dan kelengkapan perubatan untuk dihantar ke Semenanjung Gaza.

Usaha ini juga merupakan kerjasama KKM dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Wisma Putra.

Ia antaranya melibatkan alat consumable seperti syringe pump, suture, IV cannula, dressings dan bandage selain perkhidmatan neurosurgery dan surgical trauma.

Selain itu, KKM turut menyediakan kemudahan peralatan seperti ‘medical beds’ dan ubatan yang bersesuaian selain sentiasa mengikuti perkembangan di Gaza.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.