fbpx
Now Reading
Budak Lelaki Melecur Ketika Ambil Bola Dalam Bilik Janakuasa, TNB Jalankan Siasatan

Budak Lelaki Melecur Ketika Ambil Bola Dalam Bilik Janakuasa, TNB Jalankan Siasatan

TNB dalam pada itu turut bersimpati atas insiden menimpa kanak-kanak dan mangsa serta berharap mangsa mendapat rawatan yang terbaik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang melecur hampir keseluruhan badan di Pulau Pinang.

Indisen dipercayai berlaku apabila mangsa masuk ke dalam bilik janakuasa elektrik kerana ingin mengambil bola.

Difahamkan kanak-kanak terbabit melecur akibat tersentuh alatan elektrik di dalam bilik berkenaan.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Bayu, Pulau Pinang dan pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut pada jam 4.55 petang.

Kanak-kanak alami lecur teruk

Ujar Komander Operasi Mohamad Hirman Mat Rodzi, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mengalami lecur yang teruk. Dia kemudian telah dikejarkan oleh paramedik ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal.

“Kanak-kanak itu memasuki bilik stesen janakuasa untuk mengambil bolanya sebelum dia terjatuh,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Menurut laporan Berita Harian, jurucakap APM berkata kanak-kanak terbabit mengalami lecur sebanyak 80% dan dirawat di Zon Merah sebaik tiba di HPP.

TNB sedang jalankan siasatan untuk tahu punca kejadian berlaku

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang melakukan siasatan secara dalaman untuk mengenal pasti apakah punca kepada insiden percikan arka di pencawang TNB di Sri Bayu.

Perkara itu dimaklumkan oleh TNB menerusi satu hantaranya di Facebook. Malah pihak berkenaan turut bersimpati kepada mangsa serta keluarga dan berharap kanak-kanak itu menerima rawatan yang terbaik di hospital.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menularkan video kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga.

“Kami ingin mengingatkan bahawa kawasan pencawang elektrik adalah kawasan larangan umum dan berbahaya. Orang ramai perlu mengelak dari memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.