fbpx
Now Reading
Lelaki Warga Australia Ditahan Polis Selepas Tular Kencing Di Tempat Parkir Pasar Raya [Video]

Lelaki Warga Australia Ditahan Polis Selepas Tular Kencing Di Tempat Parkir Pasar Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, warga asing yang membuang air kecil di tiang tempat letak kenderaan itu berjaya ditahan pada pukul 11.15 pagi tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki ‘kantoi’ membuang air kecil di sebuah kawasan tempat letak kenderaan.

Kejadian tersebut yang berlaku di tempat parkir di sebuah pasar raya di Subang Jaya itu turut mendapat perhatian pihak polis.

Pihak polis kesan lelaki terbabit

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya sedang mengesan lelaki terbabit.

“Siasatan dijalankan berdasarkan video tular berkenaan telah mengenal pasti identiti suspek terlibat.

“Suspek sedang dikesan untuk siasatan lanjut berkaitan kejadian,” katanya hari ini (21 November).

Jelasnya, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kelakuan aib di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Lelaki kencing di tempat parkir berjaya ditahan polis

Pun begitu, menerusi hantaran di akaun X (Twitter) @redzuanNewsMPB pula, lelaki terbabit yang merupakan warga Australia berumur 32 tahun itu dilaporkan telah berjayan ditahan.

Menurut Wan Azlan, warga asing itu yang difahamkan datang ke Malaysia untuk melawat ahli keluarganya telah ditahan pihak polis pada pukul 11.15 pagi tadi.

Tular rakaman wanita tegur lelaki kencing di tempat letak kenderaan

Terdahulu, tular rakaman seorang wanita menegur seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di tiang tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah.

Kedengaran wanita terbabit berkata ada tandas berhampiran kawasan berkenaan sebelum lelaki terbabit hanya membalas dengan meminta maaf dan bergegas masuk ke dalam keretanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.