fbpx
Now Reading
Peniaga Boleh Didenda Maksimum RM10,000 & Penjara 2 Tahun Jika Jual Kopi Campur Bara Arang – KKM

Peniaga Boleh Didenda Maksimum RM10,000 & Penjara 2 Tahun Jika Jual Kopi Campur Bara Arang – KKM

Sebelum ini ada pihak mendakwa kopi yang juga dikenali sebagai Kopi Joss di Indonesia itu mempunyai keunikan tersendiri dan menjadi salah satu cara untuk singkirkan toksin dari dalam badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, pelbagai cara yang digunakan oleh peniaga dalam mempamerkan keunikan dan menjadikan diri mereka berbeza dari peniaga yang lain.

Keunikan dan perbezaan inilah yang mampu menarik pelanggan untuk membeli dan mencuba produk yang dijual terutamanya produk makanan.

Bahkan sebahagian rakyat Malaysia pada masa ini cukup menggemari makanan viral yang lain dari kebiasaannya.

Antara menu yang pernah menjadi perhatian adalah seperti milo keju (cheese), nasi lemak keju, sambal strawberi dan terbaharu Kopi Joss atau kopi yang dicampur dengan bara arang.

Peniaga Boleh Dikenakan Denda & Penjara Jika Jual Kopi Joss

Terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan trend penambahan bara arang dalam minuman kopi pada masa kini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh didakwa.

Mana-mana peniaga terutamanya premis makanan yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

“Kopi yang sedia diminum dikawal di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan tersebut hanya membenarkan penambahan gula, dekstrosa, glukosa atau madu, susu, krimer, makanan lain dan bahan perisa yang dibenarkan. Arang tidak dikategorikan sebagai makanan,” jelas KKM yang dipetik dari Harian Metro menerusi Bernama.

Boleh Beri Kesan Buruk Kepada Individu

Malah, trend terbaharu ini turut menjadi perhatian pakar kesihatan. Pakar melahirkan kebimbangan terhadap perbuatan mengambil minuman berkenaan kerana ia boleh memberi kesan buruk seperti kanser kepada individu.

Ini kerana ia yang bersifat karsinogenik serta boleh menyebabkan usus tersumbat jika diambil secara kerap bagi tempoh yang lama.

Tambah KKM lagi, sifat arang panas (bara arang) yang dimasukkan ke dalam kopi adalah berbeza dengan arang yang diaktifkan yang lazim digunakan dalam industri makanan.

Ini kerana arang tesebut sudah diproses dan ditulenkan serta selamat untuk digunakan.

“Bagaimanapun, arang panas yang dimasukkan secara terus dalam kopi seperti yang ditularkan itu tidak dapat dipastikan, sama ada telah diproses dengan betul atau selamat untuk dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.

“Justeru, sebagai langkah pemantauan, siasatan akan dijalankan setelah KKM mendapat maklumat lengkap premis makanan yang ditularkan,” jelas KKM lagi.

Seru Orang Ramai Untuk Buat Aduan

Pada masa yang sama, KKM menyeru orang ramai yang mahu membuat aduan berhubung mana-mana premis makanan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya untuk melaporkannya melalui platform seperti berikut:

“Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar memilih kedai makan atau restoran yang bersih, terutama yang telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) daripada kementerian,” menurut kenyataan itu.

KKM mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai mengulas laporan yang dibuat oleh Bernama pada 16 November lepas mengenai trend minum kopi yang disertakan dengan bara arang di sebuah kedai makan.

Ada pihak mendakwa kopi yang juga dikenali sebagai Kopi Joss di Indonesia itu mempunyai keunikan tersendiri dan menjadi salah satu cara untuk singkirkan toksin dari dalam badan.

Baca Artikel Berkaitan: Jual Air Balang Guna Akuarium Adalah Dilarang & Satu Kesalahan – KP Kesihatan

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Guna Paku, Dawai Kokot Untuk Bungkus Makanan Boleh Didenda & Dipenjara – KKM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.