fbpx

Peniaga Guna Paku, Dawai Kokot Untuk Bungkus Makanan Boleh Didenda & Dipenjara – KKM

Hukuman lebih berat juga boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui di dalam makanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai trend sesetengah peniaga yang membungkus makanan menggunakan paku dan juga dawai kokot.

Disifatkan berbahaya kepada orang ramai khususnya kepada anak kecil, portal Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu bebenang di Twitter menjelaskan mereka yang mengingkari arahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983.

Sudah berlaku kecederaan

Bahkan menurut PHM, sudah terdapat kes serius membabitkan seorang anak kecil yang terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan hospital gara-gara tertelan paku.

Baca artikel berkaitan : KKM Minta Trend ‘Nasi Paku’ Di Kelantan Dihentikan Segera

Terbaharu KKM menerusi satu kenyataan memaklumkan peniaga yang masih meneruskan trend berkenaan boleh berdepan tindakan undang-undang.

Boleh didenda sehingga RM10K atau Penjara 2 tahun

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peniaga yang menggunakan barangan berbahaya seperti paku, kokot dan sebagainya boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Hukuman lebih berat jika barangan dijumpai di dalam makanan

Malah beliau menekanankan, hukuman lebih berat juga boleh dikenakan sekiranya bahan berbahaya tersebut ditemui dalam makanan.

“Berdasarkan Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menjelaskan, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika bersalah.”

Jelas beliau, perkara ini tidak sepatutnya berlakau kerana terdapat kaedah lain yang lebih efektif dan selamat yang boleh dipratikkan oleh penyedia dan penjual makanan.

“Orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan,” ujar Dr Hisham lagi.

Berdasarkan pemerhatian KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) tahun 2019 sehingga 2021, dilaporkan sebanyak 19 (3.5%) dari 546 sampel makanan yang dianalisis didapati telah tercemar dengan bahan fizikal seperti batu, plastik, pasir, rambut, serangga dan cacing.

Beliau dalam masa sama mengingatkan orang ramai bahawa mereka boleh membuat aduan dengan menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq sekiranya menjumpai bahan-bahan yang dinyatakan atau isu yang berkaitan keselamatan makanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.