fbpx
Now Reading
Konflik Palestin-Israel: Gencatan Senjata Dilanjutkan 2 Hari Lagi

Konflik Palestin-Israel: Gencatan Senjata Dilanjutkan 2 Hari Lagi

Menurut kenyataan kumpulan pejuang Hamas pula, lanjutan sementara yang dicapai itu masih mengekalkan syarat-syarat yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gencatan senjata sementara di Semenanjung Gaza selama empat hari yang dipersetujui oleh Israel dan pejuang Hamas sebelum ini akan dilanjutkan selama dua hari lagi.

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Luar Qatar menerusi satu kenyataan ketika pemberhentian perang sementara itu hampir tamat semalam (27 November).

Rundingan dicapai bagi tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Jurucakap kementerian berkenaan, Dr Majed Mohammed Al Ansari berkata, rundingan lanjutan gencatan senjata selama 2 hari di Gaza berjaya dicapai bagi tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Berita terbabit juga sedikit sebanyak menambahkan kelegaan buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sebelum ini begitu sengsara mengharungi perang selama hampir tujuh minggu sejak ia bermula pada 7 Oktober lalu.

Rundingan lanjutan gencatan senjata masih kekalkan syarat-syarat yang sama

Sementara itu, menurut kenyataan kumpulan pejuang Hamas pula, lanjutan sementara yang dicapai itu masih mengekalkan syarat-syarat yang sama.

Sejak gencatan senjata dilakukan pada Jumaat lalu (24 November), seramai 69 orang tawanan telah dibebaskan oleh pejuang Hamas, manakala tentera Israel telah membebaskan seramai 150 orang yang terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.

Israel sebelum ini juga bersetuju akan melanjutkan pemberhentian perang selama sehari bagi setiap 10 tebusan yang dibebaskan Hamas.

Seramai 11 tebusan Israel dibebaskan Hamas semalam

Untuk info, semalam, pejuang Hamas telah membebaskan seramai 11 tebusan Israel ketika pemberhentian sementara itu hampir tamat.

Kesemua 11 tebusan itu sudah pun berada di Israel dan diiringi oleh Angkatan Tentera Israel (IDF) untuk kembali ke negara haram itu.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu 50 Tebusan Dibebaskan

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.