fbpx
Now Reading
Gencatan Senjata Sementara Di Gaza Mungkin Akan Dilanjutkan Dalam Perang Israel-Palestin

Gencatan Senjata Sementara Di Gaza Mungkin Akan Dilanjutkan Dalam Perang Israel-Palestin

Difahamkan, dalam perjanjian tersebut gencatan senjata akan dipanjangkan selama satu hari bagi setiap 10 tawanan Israel yang dibebaskan oleh Hamas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 November), Kabinet Israel membincangkan tentang gencatan senjata sementara yang dipersetujui antara pihak rejim Zionis dan pejuang Hamas berkemungkinan akan dilanjutkan.

Menurut sumber dari Israel kepada CNN, syarat-syarat untuk melanjutkan gencatan senjata itu masih kekal seperti apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Gencatan senjata akan dilanjutkan 1 hari bagi setiap 10 tawanan Israel yang dibebaskan

Difahamkan, dalam perjanjian tersebut gencatan senjata akan disambungkan selama satu hari bagi setiap 10 tawanan Israel yang dibebaskan oleh Hamas.

Dalam rundingan itu juga, pihak tentera Israel turut mempersetujui dengan permintaan Hamas agar para tawanan wanita dan kanak-kanak rakyat Palestin dibebaskan.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu 50 Tebusan Dibebaskan

Gancatan senjata membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza

Gencatan senjata sementara juga dicapai bagi membolehkan bantuan-bantuan kemanusiaan memasuki wilayah Semenjang Gaza yang pada ketika ini musnah kerana serangan tentera Israel.

Terdahulu, kerajaan Qatar selaku perunding di antara Israel dan pejuang Hamas memaklumkan gencatan senjata selama empat hari berkuat kuasa pada Jumaat lalu (24 November).

Jurucakap Kementerian Luar, Majid al-Ansari berkata, Qatar menjangkakan seramai 13 tebusan rakyat Israel yang berada dalam tawanan Hamas akan dibebaskan pada hari tersebut.

Jelasnya lagi, sebahagian daripada 13 tebusan itu terdiri daripada wanita warga emas dan kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Gencatan Senjata Bermula Hari Ini, 13 Tawanan Israel Akan Dilepaskan Hamas

Konflik Palestin-Israel bermula sejak 7 Oktober, ribuan nyawa penduduk Gaza terbunuh

Untuk info, perang kali ini di antara kumpulan pejuang Hamas dan tentera penjajah Israel telah bermula sejak 7 Oktober lalu.

Dalam konflik tersebut, belasan ribu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terkorban kerana serangan bertalu-talu rejim Zionis yang menyasarkan sekolah, hospital, rumah dan kem pelarian sehingga mendapat kecaman di seluruh dunia.

Lebih tidak berperikemanusiaan, mereka turut menyekat elektrik, air, internet serta bantuan-bantuan kemanusiaan untuk memasuki wilayah bergolak itu.

Baca Artikel Berkaitan: 12 Rakyat Palestin Terbunuh Selepas Israel Serang & Kepung Hospital Indonesia Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.