fbpx
Now Reading
Tidak Puas Hati Dengan Kadar Sewa Rumah, Lelaki Tikam & Kelar Warga Emas Hingga Maut

Tidak Puas Hati Dengan Kadar Sewa Rumah, Lelaki Tikam & Kelar Warga Emas Hingga Maut

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, mayat wanita warga tempatan itu ditemui oleh orang ramai dalam sebuah kereta jenis Honda City kira-kira jam 10.16 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rumah atau bilik sewa sering menjadi permintaan terutama buat golongan yang mahu tempat kerja atau belajar berdekatan dengan kediaman.

Proses mencari rumah atau bilik sewa dengan kadar yang berpatutan serta bersesuaian dengan poket adalah tidak mudah.

Namun, semua ini boleh dicapai jika ada rundingan yang baik antara pemilik dan penyewa mengenai kadar sewa rumah walaupun hakikatnya tidak semua rundingan memberi hasil seperti yang diharapkan.

Tidak Puas Hati Dengan Kadar Sewa Rumah, Warga Emas Ditikam & Dikelar

Gara-gara tidak puas hati dengan kadar sewa, seorang wanita warga emas berusia 70 tahun maut ditikam dan dikelar leher dalam kejadian di Jalan E4/1 Taman Ehsan, Kepong pada 23 November lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir, mayat wanita warga tempatan itu ditemui oleh orang ramai dalam sebuah kereta jenis Honda City kira-kira jam 10.16 malam.

Ketika ditemui, mangsa berpakaian lengkap dan berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang dan tubuhnya ditutupi dengan kain selimut.

“Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kelar di leher dan tikam di perut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan semalam (5 Disember).

Lapan Orang Suspek Berjaya Ditangkap

Susulan itu, lapan orang suspek lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun telah berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak kira-kira jam 12.30 malam pada 27 November yang lalu.

“Suspek ditahan reman selama 10 hari mulai 27 November hingga 6 Disember bagi membantu siasatan. Motif kejadian adalah tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah,” katanya lagi.

Salah Seorang Suspek Dituduh Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan

Tambah Noor Ariffin, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan telah mendapat arahan tuduh ke atas salah seorang suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Empat orang suspek akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan dan yang lain-lain akan dibebaskan. Suspek akan dituduh di Mahkamah Selayang pada 6 Disember 2023,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Noor Ariffin turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah memberikan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian ini hingga pihaknya berjaya menangkap suspek yang terlibat.

KENYATAAN MEDIA Gombak, 05 Disember 2023 – Perkembangan Kes Bunuh Di Taman Ehsan, Desa Jaya, Kepong, Selangor…

Posted by Polis Daerah Gombak on Tuesday, 5 December 2023

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Gaduh Di Kelantan, Rupanya Pasal Sewa Rumah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Berang Mangga Kena Tukar Sebab Tak Bayar Sewa, Penyewa Kunci Owner Dalam Rumah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.