fbpx
Now Reading
Timbalan Ketua Hamas Terbunuh Akibat Serangan Dron Di Lubnan

Timbalan Ketua Hamas Terbunuh Akibat Serangan Dron Di Lubnan

Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri merupakan pemimpin tertinggi Hamas yang syahid diserang Israel sejak 7 Oktober 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri telah terkorban akibat serangan dron ke atas pejabat Hamas di selatan Beirut, oleh tentera Israel semalam (2 Januari). Ia merupakan serangan kali pertama oleh Israel di luar Palestin sejak serangan pada 7 Oktober 2023.

Saleh, pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh oleh Israel sejak 7 Oktober, merupakan sekutu rapat ketuanya, Ismail Haniyeh. Saleh berada di Lubnan untuk menghubungkan Hamas dengan Hezbollah, satu parti politik dan kumpulan pejuang di sana.

Sumber memaklumkan kepada Reuters bahawa serangan itu ditujukan terhadap satu perjumpaan antara pegawai rasmi Hamas dengan kumpulan Jama’a Islamiya di Lubnan.

Serangan dron tersebut telah mengakibatkan empat pegawai dari Palestin dan tiga dari Lubnan terkorban.

Tragedi itu telah mencetuskan mogok di semua bandar Palestin yang terletak di Tebing Barat.

“Serangan Cuba Menarik Lubnan Ke Dalam Perang Palestin-Israel” – PM Lubnan

Berikutan serangan itu, timbulnya kebimbangan bahawa perang antara Israel dan Hamas boleh tersebar dengan lebih meluas.

Hamas berkata, pembunuhan itu tidak akan menyebabkan mereka kalah. Hezbulloh pula berikrar bahawa kematian Saleh tidak akan terlepas tanpa hukuman.

Bagi kumpulan pejuang itu, tragedi tersebut merupakan satu serangan serius ke atas Lubnan dan merupakan perkembangan berbahaya dalam keadaan perang.

Di samping mengecam pembunuhan itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati berpendapat ia dilakukan dengan tujuan untuk menarik Lubnan masuk dalam perang Palestin-Israel.

Pada Ogos 2023, ketua Hezbollah Sayyed Hassan Nasrallah, pernah memberi amaran kepada Israel supaya tidak melakukan sebarang pembunuhan di tanah Lubnan. Kelakuan sebegitu akan menghasilkan tindak balas yang teruk.

Israel Berkeras Serangan Hanya Ke Atas Hamas, Bukan Lubnan

Israel tidak menafikan mahupun mengesahkan bahawa mereka telah membunuh Saleh, tetapi seorang jurucakapnya menyebut serangan itu sebagai mogok ke atas kepimpinan Hamas.

Malah, mereka menegaskan pembunuhan tersebut bukanlah serangan ke atas Lubnan.

Sejak peperangan antara Israel dan Palestin bermula di Gaza, tembakan berlaku antara tentera Israel dan Hezbollah hampir setiap hari di kawasan sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

Pihak tentera Israel enggan memberi sebarang komen mengenai pembunuhan Saleh, tetapi berkata mereka bersedia dengan sebarang senario yang akan berlaku. Kata jurucakapnya lagi, mereka kekal fokus dalam melawan Hamas.

Sementara itu, penasihat kerajaan haram Israel, Mark Regev berkata walau sesiapun yang melakukan serangan itu, jelas ia bukan ditujukan terhadap Lubnan mahupun Hezbollah. Sebaliknya ia merupakan tentangan ke atas kepimpinan Hamas dan jelas dilakukan kerana tidak bersetuju dengan kumpulan itu.

Ketua PBB Minta Konflik Dihentikan

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meminta agak sebarang tindakan yang boleh meningkatkan konflik dihentikan, terutamanya ekoran pembunuhan Saleh.

Katanya lagi, langkah segera perlu dilakukan bagi meredakan ketegangan di rantau itu dan mencegah peningkatan konflik.

PBB tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru dilakukan sehingga menyebabkan keganasan selanjutnya.

Sejak tercetusnya perang di tanah suci Palestin pada 7 Oktober 2023, seramai lebih 22,000 rakyatnya telah terkorban, manakala lebih 57,000 tercedera.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.