
Joe Biden Ubah Topik Iklim Selepas Jokowi Desak Lakukan Gencatan Senjata Di Gaza [Video]
Laman rasmi X White House juga tidak memasukkan isu yang dibangkitkan oleh Jokowi mengenai desakan gencatan senjata di Gaza demi kepentingan kemanusiaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (14 November), Presiden Indonesia, Joko Widodo telah bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Rumah Putih, Washington bagi membincangkan isu kerjasama antara kedua-dua negara terbabit.
Dalam pertemuan itu, Jokowi turut mendesak AS melakukan lebih banyak usaha untuk menamatkan persengketaan yang dilalui oleh penduduk di Gaza pada ketika ini dengan mewujudkan gencatan senjata.
“Indonesia meminta AS untuk melakukan lebih banyak (usaha) untuk menghentikan kekejaman di Gaza. Genjatan senjata adalah sesuatu yang harus dilakukan demi kemanusiaan,” katanya.
Joe Biden tak nak ulas permintaan Jokowi, tukar topik bahas mengenai Iklim
Bagaimanapun, menerusi hantaran klip video yang dimuat naik di akaun rasmi X (Twitter) @CNNIndonesia, Biden seakan tidak ingin mengulas permintaan yang dikemukan oleh Jokowi berhubung isu peperangan Israel-Palestin yang sedang berlaku itu.
Sebaliknya, Biden dilihat cuba mengalihkan topik tersebut dengan membahas tentang isu kepentingan Iklim selain mendakwa Jokowi kesejukan saat mereka berdua bertemu di luar bangunan terbabit.
“Saat kita berjumpa di luar, saat saya menyambut awak turun dari kereta, kita langsung membahas topik sangat penting mengenai iklim. Presiden (Jokowi) cakap ‘saya kesejukan’”.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden
Presiden @jokowi mendesak Presiden AS Joe Biden @POTUS untuk berbuat lebih banyak guna mengakhiri serangan Israel di Gaza dan membantu mewujudkan gencatan senjata. https://t.co/gzAlkSFkeb #CNNIndonesia pic.twitter.com/n58Jpq2Rwi
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) November 14, 2023
White House tak masukan isu gencatan senjata yang dibangkitkan Jokowi
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun rasmi X (@WhiteHouse), isu mengenai permintaan Jokowi tentang gencatan senjata itu juga tidak dimasukkan dalam ciapannya.
“Dua pemimpin membincangkan untuk meningkatkan kerjasama dalam peralihan tenaga bersih, memajukan ekonomi, dan menguatkan keamanan dan kestabilan serantau.”
Twitter/WhiteHouse
Today, President Biden met with President Joko Widodo of Indonesia to reaffirm our nearly 75-year-long partnership. The two leaders discussed enhancing cooperation on the clean energy transition, advancing economic prosperity, and bolstering regional peace and stability. pic.twitter.com/JNHKBlBU7c
— The White House (@WhiteHouse) November 14, 2023
Jokowi bawa mesej yang sangat kuat kepada Biden isu kekejaman di Gaza
Terdahulu pada Ahad lalu (12 November), Jokowi berkata beliau akan membawa kepada Biden ‘mesej yang sangat kuat’ daripada sidang kemuncak bersama pemimpin Arab dan Islam di Riyadh pada hujung minggu yang mengecam Israel dan menggesa gencatan senjata dilakukan.
Presiden republik itu juga berkata beliau akan menyampaikan mesej khusus daripada Presiden Mahmoud Abbas dari Palestin yang meminta dirinya menyampaikan mengenai isu perang kepada Biden.