fbpx
Now Reading
Makin Hilang Sokongan, Hanya 32% Rakyat AS Sokong Israel

Makin Hilang Sokongan, Hanya 32% Rakyat AS Sokong Israel

Keputusan kajian juga mendapati kira-kira 39% responden menyatakan bahawa AS perlu menjadi orang tengah dengan bersikap neutral dalam konflik itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, kita dapat melihat bahawa kebanyakan penduduk di seluruh dunia sudah mula menunjukan sokongan mereka terhadap Palestin dalam perang yang berlaku di antara tentera Israel dan pejuang Hamas.

Ia susulan kekejaman dan kejahatan rejim Zionis itu yang semakin ketara apabila mereka tanpa henti melakukan serangan udara ke wilayah Semenanjung Gaza sehingga meragut lebih 11,500 nyawa penduduk termasuk kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: 160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO

Meskipun Amerika Syarikat (AS) merupakan sebuah negara yang sentiasa memihak dan memberi sokongan terhadap Israel, tetapi kini rakyatnya pula dilihat mempunyai pandangan yang bertentangan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Palestin: Sejauh Mana Keberkesanan Kempen Boikot Produk Dari Jenama Yang Sokong Israel?

Kurang satu pertiga rakyat AS sokong rejim Zionis

Memetik Middle Eye, satu kaji selidik terbaharu dijalankan mendapati kurang satu pertiga daripada responden (rakyat AS) menyokong Israel.

Tinjauan pendapat (poll) oleh penyelidik Ipsos bersama agensi berita Reuters itu mendapati kebanyakan rakyat di negara Uncle Sam terbabit inginkan Israel melakukan gencatan senjata.

Keputusan kaji selidik yang diterbitkan kelmarin (15 November) itu mendapati cuma 32% responden memberikan jawapan AS harus menyokong Israel menerusi soalan yang diajukan iaitu ‘apakah peranan yang perlu diambil oleh Washington dalam perang tersebut’.

Ia dilihat menurun berbanding tinjauan pendapat serupa pada Oktober lepas menyaksikan 41% rakyat di negara itu menyokong Zionis dalam konflik Palestin-Israel.

Kajian dilakukan selama 2 hari secara online di seluruh AS

Kajian selama dua hari yang bermula kelmarin itu dilakukan secara dalam talian di seluruh AS untuk mengumpul maklum balas daripada 1,006 orang dewasa di sana.

Keputusan kajian juga mendapati kira-kira 39% responden menyatakan bahawa AS perlu menjadi orang tengah dengan bersikap neutral dalam konflik itu.

68% responden inginkan Israel melakukan gencatan senjata

Sementara itu, sebanyak 68% responden pula bersetuju bahawa Israel perlu mengadakan gencatan senjata dan cuba berunding untuk menamatkan perang tersebut.

Bagaimanapun, gencatan senjata merupakan perkara yang bertentangan dengan pendirian Presiden AS, Joe Biden.

Biden menolak gesaan daripada sebilangan kumpulan hak asasi manusia, pertubuhan Yahudi serta Palestin dan 120 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru Israel mengadakan gencatan senjata.

Malah, baru-baru ini tular video Biden cuba mengubah topik selepas presiden Indonesia, Joko Widodo mendesak AS melakukan lebih banyak usaha untuk menoktahkan konflik itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.