fbpx
Now Reading
Sindiket Dadah Tumpas Selepas Polis Rampas Syabu Bernilai RM19 Juta Yang Disorokkan Dalam Hutan Simpan FRIM

Sindiket Dadah Tumpas Selepas Polis Rampas Syabu Bernilai RM19 Juta Yang Disorokkan Dalam Hutan Simpan FRIM

Hasil ujian air kencing dilakukan mendapati kesemua empat yang ditahan positif dadah jenis ketamine dan syabu, malah suspek juga mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 10 Januari yang lalu, pihak berkuasa telah merampas sebanyak 528 kilogram (kg) syabu yang berjumlah RM19 juta yang disorokkan di Kawasan Hutan Simpan Persekutuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Padang Besar, Perlis.

Rampasan yang dilakukan pihak polis itu sekaligus berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah berkenaan.

Rampasan dibuat selepas polis menahan seorang lelaki

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Kamarudin Md Din, rampasan itu ekoran daripada penahanan seorang lelaki berumur 35 tahun pada 10 Januari lepas di sebuah kediaman di kawasan hutan simpan terbabit di Jalan Tasoh-Kaki Bukit-Padang Besar.

Hasil siasatan lanjut, pihak berkuasa berjaya menahan tiga lagi lelaki berusia sekitar 21 hingga 42 tahun di tempat kejadian yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

Sebanyak 20 guni dijumpai dalam 480 bungkusan plastik teh China

Perkara itu secara tidak langsung turut mendedahkan lokasi penyimpanan dadah dalam hutan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di tempat penyimpanan tersebut menjumpai 20 guni dipercayai di dalamnya terdapat 480 bungkusan plastik teh China disyaki dadah methamphetamine yang diletakkan di dalam troli besi yang ditutup oleh ranting dan daun,” ujarnya lapor Sinar Harian.

Jelas beliau lagi, dadah yang dirampas itu dipercayai diperoleh daripada negara jiran yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan ‘laluan tikus’ di sempatan Malaysia-Thailand dan ia hanya lebih kurang tiga kilometer (km) dari hutan simpan berkenaan.

Polis turut buat siasatan untuk melihat sama ada kes ada melibatkan kakitangan penyelia kawasan hutan

Selain rampasan yang dilakukan, pihak berkuasa juga sedang melakukan siasatan untuk melihat sama ada kes tersebut ada melibatkan kakitangan penyelia kawasan hutan simpan berkenaan memandangkan lokasi tersebut adalah di bawah jagaan mereka.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan, suspek masih lagi dalam soal siasat dan kita akan melihat kesemua perkara-perkara ini untuk kita kenal pasti ada lagi individu-individu lain yang secara langsung ataupun tidak langsung dalam aktiviti ini ataupun yang melindungi aktiviti ini.”

Bergerak aktif sejak setahun lepas disyaki guna ‘laluan tikus’ sebagai transit

Menurut Kamarudin, sindiket pengedaran dadah itu dipercayai bergerak aktif sejak setahun yang lepas selain turut menggunakan laluan tersebut sebagai transit untuk membawa dadah tersebut.

Mereka dipercayai mengedar serta memasarkan dadah tersebut di seluruh Pantai Barat Semenanjung Malaysia di mana ia boleh menjadi bekalan buat 2.6 juta orang penagih dadah.

Suspek positif dadah jenis ketamine dan syabu

Hasil ujian air kencing dilakukan turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis ketamine serta syabu.

Suspek yang ditahan turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah serta dadah dan kes disiasat di bawak Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 10 dan 11 Januari lalu dan dijangka disambung reman mereka bagi membantu siasatan,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.