4 Wanita Miliki & Simpan Video Intim Daddy Ash Didenda RM2,500 Hingga RM4,800
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video terlampau ‘Hot Daddy’ didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki video lucah.
Penganggur, Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22; pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, dan eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin, 36, dijatuhi denda tersebut oleh tiga hakim selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan itu.
Bayar denda atau penjara
Difahamkan Nurnabilah Ayuni dan Amira Natasha masing-masing didenda RM3,000, manakala Nur A’liaa sebanyak RM4,800 dan Farah Adila pula sebanyak RM2,500.
Mahkamah turut memerintahkan semua tertuduh dipenjara antara satu hingga enam bulan, sekiranya gagal membayar denda terbabit.
Dua lagi wanita mengaku tidak bersalah
Selain keempat-empat wanita ini, dua lagi wanita yang turut berdepan pertuhan sama ialah akauntan, Norfatihah Ramle, 30, dan penuntut kolej Felecia Lisa Nandong, 21.
Namun, kedua-dua membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin dan Majistret M S Arunjothy.
Mahkamah kemudiannya membenarkan Norfatihah diikat jamin sebanyak RM3,000 sementara Felecia Lisa (RM2,000) dengan seorang penjamin.
Mengikut kertas pertuduhan kesemua mereka didakwa memiliki video lucah itu bagi maksud menunjukkannya secara awam.
Kesalahan itu dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada jam 5 petang, 30 Januari lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
6 wanita ditahan, sisatan dapati kesemua mereka lakukan hubungan seks secara sukarela
Terdahulu media melaporkan enam wanita ditahan bagi membantu siasatan berkait dengan video terlampau Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, atau lebih popular dengan panggilan Hot Daddy dan Daddy Ash.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kesemua wanita berusia 21 hingga 36 tahun itu diberkas pada minggu lalu dalam Op Daddy fasa kedua.
“Siasatan mendapati keenam wanita itu melakukannya (hubungan seks) secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan.
“Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks,” katanya kepada media.