fbpx
Now Reading
Tular Pekerja Kencing Di Longkang, JKNM Arah Restoran Mamak Tutup 14 Hari [Video]

Tular Pekerja Kencing Di Longkang, JKNM Arah Restoran Mamak Tutup 14 Hari [Video]

Menurut Timbalan Pengarah JKNM, arahan penutupan sementara restoran terbabit dikeluarkan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1998.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang pekerja di sebuah restoran mahupun gerai makanan, menjaga kebersihan diri dan premis adalah menjadi suatu tanggungjawab.

Malah, kebersihan pekerja dan restoran juga menjadi titik berat para pelanggan sebelum membeli makanan.

Tular video pekerja restoran mamak kencing di longkang

Bagaimanapun, baru-baru ini tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang pekerja sebuah restoran mamak di Melaka berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Menerusi perkongsian video di akaun X, kelihatan pekerja lelaki terbabit sedang membuang air kecil di sebuah kawasan longkang dipercayai berdekatan dengan restoran berkenaan.

JKNM arah restoran terbabit tutup 14 hari

Susulan penularan video terbabit, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah mengarahkan restoran mamak di Jalan Hang Tuah, Melaka itu ditutup selama dua minggu sehingga 14 Februari depan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Dorothy Dayang Henry Sum berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak mencapai markah kebersihan yang ditetapkan.

Lapor Malaysia Gazette, Dorothy Dayang berkata arahan penutupan sementara restoran terbabit dikeluarkan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1998.

“Premis ini juga dikenakan empat notis kompaun berjumlah RM1,500 termasuk dua notis di bawah Peraturan 33 berkaitan kebersihan diri pekerja.

“Serbuan dibuat daripada aduan diterima susulan tular video seorang individu dipercayai pekerja restoran buang air kecil di longkang berhampiran,” katanya.

Semasa serbuan dilakukan pihak berkuasa, seorang pekerja restoran terbabit juga mengakui dia adalah individu di dalam video tular berkenaan.

Stor simpanan barang dilengkapi tandas, tapi tiada bekalan air

Dalam pada itu, Dorothy Dayang berkata siasatan juga mendapati pemilik restoran terbabit menyewa sebuah bangunan bersebelahan premis berkenaan untuk dijadikan stor simpanan barang dilengkapi tandas namun tiada bekalan air.

“Sepatutnya premis makanan perlu mempunyai tandas untuk kemudahan pelanggan dan pekerja bukannya seperti ini tandas disediakan dalam stor yang tiada bekalan air.

“Keadaan ini menyebabkan pekerja terpaksa pergi ke tempat lain menggantikan fungsi tandas, selain stor itu juga dalam keadaan berselerak dan kotor dengan puntung rokok,” katanya.

Difahamkan, restoran terbabit sebelum ini pernah diarah tutup sebanyak dua kali pada tahun 2022, namun ia tetap mengulangi kesalahan yang sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.