fbpx
Now Reading
Ustaz Sekolah Rendah Didakwa Cabul 3 Murid Perempuan Dalam Kelas

Ustaz Sekolah Rendah Didakwa Cabul 3 Murid Perempuan Dalam Kelas

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga guru agama di sebuah sekolah rendah di Sabah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Tawau atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga muridnya sekitar September hingga November 2023.

Tertuduh yang dikenali sebagai Sanyzam Dabal berusia 46 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad, hari ini (2 Februari).

3 pertuduhan bagi kesalahan sama libatkan 3 murid perempuan darjah empat

Mengikut pertuduhan pertama, guru Pendidikan Islam itu didakwa melakukan amang seksual terhadap murid perempuan berusia sepuluh tahun dalam kelas di sekolah tempat dia mengajar antara 20 Mac hingga 17 September 2023.

Pertuduhan kedua pula, Sanyzam didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang lagi murid perempuan berumur sama ketika sesi pembelajaran pada 30 November 2023.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang lagi murid perempuan darjah empat ketika sesi kelas sedang berlangsung pada 17 September 2023.

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Sanyzam didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dalam perbicaraan hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana, sementara tertuduh pula diwakili peguam Jhesseny P Kang.

Timbalan Pendakwa Raya tak tawar kita jamin kepada tertuduh

Suhaimi tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh kerana mengambil kira kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh merupakan sesuatu yang serius.

Menurutnya, tertuduh seorang guru yang diamanahkan oleh ibu bapa dan kerajaan untuk mendidik serta menjaga anak-anak ketika di bawah seliaan mereka, tidak seharusnya melakukan perbuatan terkutuk apatah lagi salah laku terhadap muridnya.

Selain itu, beliau berkata tertuduh juga tidak ditawarkan jaminan kerana terdapat kemungkinan dia akan melarikan diri selain berpotensi mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam tertuduh merayu jaminan rendah diberikan

Namun, Jhesseny tetap merayu agar mahkamah memberi jaminan rendah terhadap anak guamnya itu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan RM45,000 selain menetapkan tarikh 6 Mac depan untuk pengurusan dan sebutan semula kes.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.