fbpx
Now Reading
Cleopatra Nafi Kahwin Dengan Bekas Timbalan KPN, Terkejut Tiba-tiba Terima Sijil Nikah

Cleopatra Nafi Kahwin Dengan Bekas Timbalan KPN, Terkejut Tiba-tiba Terima Sijil Nikah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah mengesahkan bahawa sijil nikah terbabit adalah palsu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Influencer, Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin menafikan dia pernah bernikah dengan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Pempengaruh berusia 30 tahun itu terkejut selepas menerima satu sijil pernikahan dari negara jiran sedangkan dia tidak pernah ke sana dan berkahwin dengan bekas pegawai tertinggi polis itu.

Foto: Facebook/PDRM

Cleopatra failkan permohonan di mahkamah, ingin jawapan kesahihan sijil nikah terbabit

Susulan itu, Cleopatra telah memfailkan satu permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini (5 Februari) untuk mendapatkan jawapan kesahihan pernikahan dan sijil nikah yang diperolehi itu.

“Saya berharap dapat selesaikan (isu) ini secepatnya. Saya cuba tidak mahu menjatuhkan reputasi sesiapa,” katanya dipetik Kosmo.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Cleopatra berkata, anak guamnya tidak pernah berkahwin dengan Mohd. Bakri.

“Perkahwinan tidak pernah berlaku, anak guam saya tidak pernah ke Thailand dan pernikahan juga tidak pernah dibuat secara dalam talian atau Zoom. Bagaimana dokumen (sijil nikah) dari negara jiran (Thailand) dicetak yang mengatakan anak guam saya telah berkahwin dengan Mohd. Bakri.”

Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader

Jawi sahkan sijil nikah terbabit adalah palsu

Jelasnya, kes ini telah dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebelum dibawa ke mahkamah dan jabatan itu kemudiannya telah mengesahkan sijil nikah terbabit adalah palsu.

Ujar Akberdin lagi, berikutan itu Cleopatra telah membuat satu permohonan di mahkamah bagi membuktikan perkahwinan tersebut tidak pernah berlaku.

Peguam syarie yang mewakili Mohd. Bakri juga mengesahkan perkara sama

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Bakri, 70, selaku responden ketika ditemui turut mengesahkan perkara sama.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Ketua Polis Negara itu tidak dapat hadir semasa prosiding kerana masalah kesihatan iaitu penyakit parkinson dan kanser prostate.

“Pihak kami juga telah meneliti segala permohonan itu dan boleh kami katakan pernikahan itu tidak wujud. Katanya pemohon (Cleopatra) hanya membuat satu permohonan iaitu pengesahan pernikahan,” kata Fakhrul.

Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat kemudiannya menetapkan 22 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan hujahan kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Cleopatra juga menjelaskan Mohd. Bakri bukanlah pengerusi kepada anak syarikat miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.